Sunday, June 9, 2024

BE BACK FOR GOOD


 Be back for the good and the better version of ourself...
Always thrive for the best and don't look back, unless for some inspection for the good only...



Tuesday, April 28, 2020

MCO Day 43


Rindunya seorang guru...
Ikhlasnya terserlah...
Dari bait-bait lirik yang digubah...
Terbit dari hati yang tulus...
LillahiTaala...
Bisa dirasai dari lantunan lagu...
Ikhlasnya dari lubuk hati...
Sesungguhnya...beruntunglah...
Insan yang setiap pekerjaannya semua dilakukan hanya kerana Allah s.w.t. semata...
Diangkat sebagai Ibadah di sisiNya...
Diberkahi pahala umpama sungai yang mengalir di syurga tanpa henti...
Lantunan suara ikhlas guru ini mengingatkan diri sendiri...
Barisan guru-guru yang membentuk diri ini...

Dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, masuk uni (under grad), 15 years working, masuk uni balik (post grad)...
Disepanjang perjalanan kita dipertemukan dengan insan-insan mulia...
Yang Allah utuskan untuk membentuk siapa diri kita...
Jika baik, bersyukurlah dengan nikmat yang Allah kurniakan...
Jika sebaliknya, anggaplah cabaran kerana Allah sedang memberi ujian untuk membentuk kita....
 Menjadi lebih kuat dan hebat dari semalam...

Jika yang dihajati itu datang...
Bersyukurlah...kerana Allah sedang memberikan rezeki buatmu...
Namun, jika yang dihajati itu pergi...
Bersyukurlah juga...
Kerana Allah sedang melindungimu dari terus di buai mimpi...
Sesungguhnya hanya Allah yang tahu apa terbaik buat kita...
Boleh jadi yang paling disukai itu adalah racun bagimu...
Dan yang paling dibenci itulah penawar bagi kamu...

Buat semua insan yang ku anggap guru dalam hidupku...
Semoga Allah berikan kalian ganjaran pahala yang mengalir umpama sungai-sungai di syurga...
Dan rezeki hidayah keimanan (untuk yang non-muslim)...
Terima kasih Ya Allah...
Memberikan aku rezeki dari berkatnya ilmu dariMu...
Melalui insan-insan hebat ini...



Thursday, October 25, 2018

“DULU SAYA KAYA TAPI KEDEKUT DENGAN ADIK BERADIK”


Apabila adik beradik semakin meningkat dewasa, masing-masing akan mengejar impian masing-masing. Mungkin ada yang akan lebih berjaya dari yang lain...Mungkin dengan asbab berkat doa ahli keluarga dan izin Allah s.w.t. jua...
Namun, janganlah sampai kita mengabaikan hubungan adik beradik meskipun sudah berbeza haluan. Kenangkan kembali zaman kanak-kanak kita membesar di bawah bumbung rumah yang sama. Kenangkan jasa semua yang mungkin telah banyak mengorbankan masa, tenaga, wang ringgit dan perasaan demi melihat kita berjaya... 
Sebenarnya bila adik beradik bergaduh telah hilang rahmat Allah dalam keluarga tu..sebab tu penting jaga hubungan dengan adik beradik.
Jenguk-jenguklah kehidupan adik-beradik kita dikampung...cukupkah peralatannya? Bagaimana kelansungan hidupnya? Bukankah mereka semua banyak berjasa dalam hidup kita? Sekiranya ada diantara mereka yang sedang dalam kesusahan....bantulah seikhlasnya....sebaik baik sedekah adalah kepada ahli keluarga yg terdekat..kata Nabi junjungan s.a.w..
Saya pernah berbual dengan seorang jutawan di Bangi.. Nama dia Haris… Baru umur 40 lebih.. Tapi kaya raya.. Rumah besar nak mati.. Suka bantu orang.. Banyak bagi pendapat dan bantu saya.. 
Dia kata: "Khalil.. Saya dulu agak berkira dengan adik beradik...Walaupun saya kaya..tapi bila dah kenal agama sikit2 ni.. Hidup saya berubah banyak.. Saya banyak bantu adik beradik.. Rupa rupanya Allah bagi lagi banyak pada saya bila saya start tak berkira dengan adik beradik saya.. So khalil kalau ada adik beradik susah bantulah mereka.. Tengok lah Allah bagi rezeki kat u melimpah ruah..”
Terus teringat seorang ustaz kata “Salah satu punca hidup kita sempit.. Susah.. Sebab putus hubungan silaturrahim dengan ahli keluarga..tak hormat mereka yang lebih tua” Ya! Allah.... Takutnya..
Sedih melihatkan....Ada adik beradik yg tak bertegur sapa bertahun-tahun.. Sebenarnya kalau kita yang minta maaf dengan adik beradik kita walaupun kita tak salah.. Allah akan tinggikan darjat kita.. Tak hina pun orang yang mengalah dengan meminta maaf..
Ustaz saya kata “Kita cepat maafkan orang kat dunia ni, Allah mudah maafkan kita di akhirat nanti.. “
Ya Allah.. Jadikanlah kami adik beradik yg akan bersama dalam syurga nanti.. Ya Alllah.. Rapatkanlah hubungan kami adik beradik..Rahmatilah kami adik beradik.. Ya Allah ampunilah dosa adik beradik kami...Sekiranya ada yang berbuat salah atau tersalah anggap antara kami...Kau ampunkanlah & rahmahtilah mereka...Semoga mereka dikurniakan kebahgiaan & ketenangan di dunia & akhirat....Amiiinn
Jadikanlah kami semua anak-anak penyejuk hati ayah & ibu...anak-anak yang membahgiakan, yang di rahmati di dunia & akhirat...Temukan kami semua sekeluarga dengan aman di syurgaMu Ya Allah Ya Rahman, Ya Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang.....Amiiin
Kredit : Muhamad Rizuan (https://ohgebang.com/kaya-kedekut/)