Friday, September 10, 2010

Dasyatnya Doa Seorang Ibu

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamana ada masa untuk berbuat perkara tak baik tetapi tiada masa untuk berbuat kebaikan

Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

SETITIK air mata ibu jatuh, 10 KEBAJIKAN ANAK HILANG. Maka anak2!! Janganlah biarkan ibu menangis lagi. Biarlah dia menangis kerana kejayaan anak2 dan bukan kerana ANGKARA anak2....


3 mata yang tak dijilat api neraka

Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata
Ø Membaca quran sehingga menitis air mata
Ø Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, dan tatap ketika mereka sedang tidur!

Ø Anak
Ø Ibu
Ø Suami


Selingan: kata ustaz,  andai kita berselisih faham dgn suami (sampai nak bercerai), tataplah wajah suami bila dia tidur, andai masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai. Namun jika tiada rasa tu semua, mungkin jodoh sudah dihujung.......bolehlah ke Pejabat Agama...

Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis menyesal di hari kematian ibunya…lalu pandanglah ibu selalu dengan pandangan penuh kasih sayang.....

Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu. Apatah lagi meningggi suara dan menyakitkan hatinya....

Andainya  kita tidak mampu meletakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat yang terbaik itu, dengan syarat kita telah  meletakkan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dahulu

Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”
Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. 'Wasilah amal' ini sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita

Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup. Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..

“Mak, esok saya akan kahwen, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok anak mak kawenkan.....” atau “abah, saya nak kawin esok, kalau abah ada, pasti abah akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.


Namun.....andai ibu masih hidup......masih tegak berdiri....masih boleh berjalan dan masih boleh kita pimpin tangannya......sebagai anak apalah salahnya kita cium tangan ibu....kita sujud dikakinya.....kita peluk cium pipinya....pohonlah restu dan izinnya......

Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..
Bila nak berbelanja always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah.

Jika ibu kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bilamana ibu kita sudah tiada, teruskanlah memberi peruntukkan itu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah
  

Anak Lari Dari Rumah

Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari
Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya



Anak Degil/ Nakal

Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala panggil ROH ANAK
 
E.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia menjadi anak yang berguna untuk Agama bangsa dan Negara.