Sunday, June 9, 2024

BE BACK FOR GOOD


 Be back for the good and the better version of ourself...
Always thrive for the best and don't look back, unless for some inspection for the good only...



Tuesday, April 28, 2020

MCO Day 43


Rindunya seorang guru...
Ikhlasnya terserlah...
Dari bait-bait lirik yang digubah...
Terbit dari hati yang tulus...
LillahiTaala...
Bisa dirasai dari lantunan lagu...
Ikhlasnya dari lubuk hati...
Sesungguhnya...beruntunglah...
Insan yang setiap pekerjaannya semua dilakukan hanya kerana Allah s.w.t. semata...
Diangkat sebagai Ibadah di sisiNya...
Diberkahi pahala umpama sungai yang mengalir di syurga tanpa henti...
Lantunan suara ikhlas guru ini mengingatkan diri sendiri...
Barisan guru-guru yang membentuk diri ini...

Dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, masuk uni (under grad), 15 years working, masuk uni balik (post grad)...
Disepanjang perjalanan kita dipertemukan dengan insan-insan mulia...
Yang Allah utuskan untuk membentuk siapa diri kita...
Jika baik, bersyukurlah dengan nikmat yang Allah kurniakan...
Jika sebaliknya, anggaplah cabaran kerana Allah sedang memberi ujian untuk membentuk kita....
 Menjadi lebih kuat dan hebat dari semalam...

Jika yang dihajati itu datang...
Bersyukurlah...kerana Allah sedang memberikan rezeki buatmu...
Namun, jika yang dihajati itu pergi...
Bersyukurlah juga...
Kerana Allah sedang melindungimu dari terus di buai mimpi...
Sesungguhnya hanya Allah yang tahu apa terbaik buat kita...
Boleh jadi yang paling disukai itu adalah racun bagimu...
Dan yang paling dibenci itulah penawar bagi kamu...

Buat semua insan yang ku anggap guru dalam hidupku...
Semoga Allah berikan kalian ganjaran pahala yang mengalir umpama sungai-sungai di syurga...
Dan rezeki hidayah keimanan (untuk yang non-muslim)...
Terima kasih Ya Allah...
Memberikan aku rezeki dari berkatnya ilmu dariMu...
Melalui insan-insan hebat ini...



Thursday, October 25, 2018

“DULU SAYA KAYA TAPI KEDEKUT DENGAN ADIK BERADIK”


Apabila adik beradik semakin meningkat dewasa, masing-masing akan mengejar impian masing-masing. Mungkin ada yang akan lebih berjaya dari yang lain...Mungkin dengan asbab berkat doa ahli keluarga dan izin Allah s.w.t. jua...
Namun, janganlah sampai kita mengabaikan hubungan adik beradik meskipun sudah berbeza haluan. Kenangkan kembali zaman kanak-kanak kita membesar di bawah bumbung rumah yang sama. Kenangkan jasa semua yang mungkin telah banyak mengorbankan masa, tenaga, wang ringgit dan perasaan demi melihat kita berjaya... 
Sebenarnya bila adik beradik bergaduh telah hilang rahmat Allah dalam keluarga tu..sebab tu penting jaga hubungan dengan adik beradik.
Jenguk-jenguklah kehidupan adik-beradik kita dikampung...cukupkah peralatannya? Bagaimana kelansungan hidupnya? Bukankah mereka semua banyak berjasa dalam hidup kita? Sekiranya ada diantara mereka yang sedang dalam kesusahan....bantulah seikhlasnya....sebaik baik sedekah adalah kepada ahli keluarga yg terdekat..kata Nabi junjungan s.a.w..
Saya pernah berbual dengan seorang jutawan di Bangi.. Nama dia Haris… Baru umur 40 lebih.. Tapi kaya raya.. Rumah besar nak mati.. Suka bantu orang.. Banyak bagi pendapat dan bantu saya.. 
Dia kata: "Khalil.. Saya dulu agak berkira dengan adik beradik...Walaupun saya kaya..tapi bila dah kenal agama sikit2 ni.. Hidup saya berubah banyak.. Saya banyak bantu adik beradik.. Rupa rupanya Allah bagi lagi banyak pada saya bila saya start tak berkira dengan adik beradik saya.. So khalil kalau ada adik beradik susah bantulah mereka.. Tengok lah Allah bagi rezeki kat u melimpah ruah..”
Terus teringat seorang ustaz kata “Salah satu punca hidup kita sempit.. Susah.. Sebab putus hubungan silaturrahim dengan ahli keluarga..tak hormat mereka yang lebih tua” Ya! Allah.... Takutnya..
Sedih melihatkan....Ada adik beradik yg tak bertegur sapa bertahun-tahun.. Sebenarnya kalau kita yang minta maaf dengan adik beradik kita walaupun kita tak salah.. Allah akan tinggikan darjat kita.. Tak hina pun orang yang mengalah dengan meminta maaf..
Ustaz saya kata “Kita cepat maafkan orang kat dunia ni, Allah mudah maafkan kita di akhirat nanti.. “
Ya Allah.. Jadikanlah kami adik beradik yg akan bersama dalam syurga nanti.. Ya Alllah.. Rapatkanlah hubungan kami adik beradik..Rahmatilah kami adik beradik.. Ya Allah ampunilah dosa adik beradik kami...Sekiranya ada yang berbuat salah atau tersalah anggap antara kami...Kau ampunkanlah & rahmahtilah mereka...Semoga mereka dikurniakan kebahgiaan & ketenangan di dunia & akhirat....Amiiinn
Jadikanlah kami semua anak-anak penyejuk hati ayah & ibu...anak-anak yang membahgiakan, yang di rahmati di dunia & akhirat...Temukan kami semua sekeluarga dengan aman di syurgaMu Ya Allah Ya Rahman, Ya Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang.....Amiiin
Kredit : Muhamad Rizuan (https://ohgebang.com/kaya-kedekut/)

Sunday, April 9, 2017

The truth~

Tazkirah pagi

Menempuh jalan yg sesak ke ibu kota KL setiap pagi memberi peluang utk dgr byk bahan ilmu...
Antara perkongsian pagi ini sempena hari guru:
"Resmi air mestilah mengalir dr tempat tinggi ke tempat yg rendah. Air juga tak akan bertakung di tempat yg tinggi....air akan bertakung di tempat yang lbh rendah....begitulah ibaratnya keberkatan dalam menuntut ilmu. Ilmu sukar bertakung & melekat di hati yg tidak pernah mahu merendah....justeru, dalam menuntut ilmu....hendaklah merendah hati kpd si pemberi ilmu...semoga beroleh keberkatan ilmu & keikhlasan menuntut dari guru yang dihormati...."
Picture taken during a work trip in Miri on a roof top hotel  

Saturday, March 26, 2016

Luncheon Today~

#Luncheons #udanggalah #lemakcilipadi #ikanterubokmasin #Sarawak #sayurmidin #pucukpakugorengbelacan
Homemade today Sarawak recipe #UshouldTry #BeautifulMalaysia #PeaceNoWar :-)

Friday, January 15, 2016

Ingati Daku~

Setiap kali bertengkar dan berbahas atas sesuatu isu, cuba audit kembali dan tanya niat kita. Adakah kerana nak mencari kehebatan di mata manusia atau kerana untuk mempertahankan kehebatan Allah. Jom sama sama audit...
~ Prof. Dr. Muhaya

Friday, December 18, 2015

#CeritaAdikBeradik

CERITA DARI HATI (#copypasteFB)

Entri XXX: Peringatan buat seorang ADIK!

Saya anak bongsu

Abang kakak ada 5 orang atas saya

Itupun sebab 4 orang abang kakak atas saya meninggal masa kecik

Kalau tak 9 orang abang kakak atas saya

Dari kecik mak ayah ajar saya jangan biadap dengan abang kakak

Tak salah luah pandangan tapi fokus pada isu bukan emosi

Kalau ada tak puas hati luah cara bijaksana

Sebab kita lahir dari rahim dan benih yang sama

Kadang kadang memang abang kakak rasa kita adik yang kena hormat mereka lebih

Sebab mereka pandang dari perspektif mereka

Kau jadi apa kau jadi sebab kami abang kakak yang berkorban lebih untuk kau"

Saya setuju tu

Tapi hati manusia kan?

Nak jaga hati memang sukar

Jadi kita kena ikut rasional

Kalau kecil juga hati kita minta maaf

Sebab sebagai pemimpin diri sendiri kita kena buat keputusan tak popular yang praktikal tapi tak senangkan hati semua pihak.

Jaga niat itu yang penting

Jangan susahkan orang

Sebagai adik

Kita kena cuba sebaik mungkin jaga hati adik beradik kita

Sebab kita kena sayang abang kakak kita

Kalau kita tak sayang diorang lebih

Nak harap siapa yang sayang?

Orang lain?

Jadi bila ada yang inbox saya

Ada yang berpangkat adik yang biadap dengan abang kakak

Kata itu ini

Tuding jari

"Kata abang kakak tak pernah jaga hati mak ayah adik beradik"

Sebab dah duduk jauh dan jarang balik

Tempelak kata yang hidup senang dah lupa diri

Dah berubah

Caci maki kakak abang sendiri macam bagus bagus

Saya amat marah dan kecewa

Tanya diri tu

Aku ni bagus sangat ke?
Selalu balik jaga mak ayah?
Bagi duit sentiasa?
Dah cukup balas jasa mak ayah?
Jasa abang kakak?

Sebab mak ayah mana manapun tak pernah ajar anak anak dia jadi biadap!

Apatah lagi dengan abang kakak sendiri

So buat adik adik yang ada abang kakak

Korang kena ingat jasa abang kakak korang!

Korang jangan senang nak jatuh hukum  kat abang kakak korang

Korang tak tahu macamana susah senang diorang

Jerih perih kehidupan diorang

Adik adik kena ingat

Susah susah kakak abang nak bagi korang senang hidup dulu

Jangan biadap!

Kau buat hati abang kakak korang tersinggung DENGAN NIAT!

Kalau lama pulak baru dia nak lega kecik hati dan buat dekk aja dengan korang jangan rasa kesal nanti

Korang rasa malu patutnya

Sebab biadap macam tu

Memang betul adik beradik mana tak bercakaran

Adik beradik mana yang tak tercuit hati

Carik carik bulu ayam lama lama bercantum

Tapi kau cakap tu dengan NIAT!

Lamaaa kot baru luka hati dia kebah

Kalau kebahlah kan?

So hati hatilah adik adik semua

Jangan cakap ikut sedap gigi

Okay?

P.S:

Buat anak anak abah

Abah pesan dah selalu dan abah pesan lagi ni

Jaga hati abang, adik, kakak

JAGA!

Saturday, December 5, 2015

Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil ~ Putera Raja Berjiwa Luhur~

Antara keluhuran hati & kerendahan jiwa seorang Putera Raja...

Pertama kali hati ini tersentuh dengan sifat "empathy" Tunku Laksamana semasa melawat rakan polisnya yg terkorban dalam Tragedi Lahad Datu... ;-'(

A very sad news for Johorean :-'(


“ Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعون

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
AlFatihah...

بِسْÙ…ِ  ٱللَّÙ‡ِ ٱلرَّØ­ْÙ…َـنِ ٱلرَّØ­ِيم
ٱلْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ ٱلْعَـلَÙ…ِين۞ ٱلرَّØ­ْÙ…َـنِ ٱلرَّØ­ِيم۞
Ù…َـلِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ ٱلدِّين۞Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ۞ ٱهْدِÙ†َا ٱلصِّرَØ·َ ٱلْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ۞صِرَØ·َ ٱلَّذِينَ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ۞ غَÙŠْرِ ٱلْÙ…َغْضُوبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ Ùˆَلاَ ٱلضَّاۤÙ„ِّينَ۞امين ”