Friday, July 19, 2013

Solat Sunat Tahajjud....

Bulan-bulan poser ni....selalu kita terbangun tengah malam sb ingatkan dah boleh sahur kan.... :-) padahal baru jam 3.00-4.00 am. So, alang-alang dah terbangun...apa kata kita solat sunat tahjud sekali......2 rakaat sahaja.....lepas tu...bo selak sehelai dua Al-Quran.... :-)

Jom! Solat Tahjud di bulan Ramadhan....besar hikmahnya......

Tahajud
Solat sunat tahajjud
Di segi bahasa solat sunat tahajjud ialah meninggalkan tidur.
Di segi syarak pula ialah sembahyang sunat yang dilakukan setelah terjaga dari tidur pada waktu malam.

Dalil solat sunat tahajjud
  • Firman Allah taala dalam surah al-Isra':79
  • Sabda rasulullah
sebaik-baik sembahyang selepas sembahyang fardu ialah sembahyang sunat malam. (riwayat Muslim)
WAKTU MENUNAIKAN SOLAT TAHAJJUD
  • Dilakukan selepas solat Isyak sehingga terbit fajar, tetapi waktu afdal ialah 1/3 malam yang terakhir.

CARA MENUNAIKAN SOLAT TAHAJUD  

1. Niat Lafaz niat ialah

أُصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksud: Sahaja aku solat sunat tahajud dua rakaat kerana Allah taala.

2. Sekurang-kurangnya 2 rakaat satu malam atau beberapa rakaat mengikut kemampuan sama ada bersendirian atau berjemaah.

3. Pada rakaat Pertama Baca:
 Al-fatihah & Al-Kafirun atau mana-mana surah. 

4. Pada rakaat kedua baca:
 Al-Fatihah dan Al-ikhlas atau mana-mana surah 

5. Membaca doa tahajjud selepas salam

Tahajud


HIKMAH / KELEBIHAN SOLAT SUNAT TAHAJJUD
  • Mendapat pengawasan dan peliharaan Allah
  • Mudah melalui hisab dan titian sirat
  • Menerima buku catatan dengan tangan kanan
  • Allah mudahkan urusan hidup
  • Berwajah berseri-seri ketika di padang mahsyar
  • Doa dimakbulkan
- See more at: http://adibsite.blogspot.com/2013/06/cara-panduan-solat-sunat-tahajjud.html#sthash.eGmZQD4n.dpuf

Thursday, July 18, 2013

Selamat Berbuka :-)

Sekejap lagi masuk waktu Asar.....
Hrmmm.....takpelah....kita tinggalkan hal dunia.....kita mengadu dan berjumpa dgn Nya....Dia pasti akan memelihara kesejahteraan dan keselamatan kita.....dari segala muslihat dan musibat dunia... :-)

Tak lama lagi dah boleh gerak balik umah......Hubby dah plan nk ajak iolz jenguk pencuci mulut yang berkenan di hati.....bibik da masak lauk kari  ayam dan sambal sotong....

Jom! Kita berbuka posa bersama keluarga tercinta.....Alhamdulillah :-)

Throw back : Lil Siddiq suker apple ms bby ~ :-)

Wednesday, July 17, 2013

Dendam Kesumat....



Di bulan Ramadhan yang penuh Barokah ni.....iolz tgk ramai yang berubah penampilan menjadi semakin  baik.....
Alhamdulillah....sama-sama kita doakan segalanya berpanjangan....

Selain dari imej yang bersih dan sopan....spiritual juga perlu santapan rohani....Alhamdulillah....masa rehat kat opis ada buat aktiviti 'Tadarus Al-Quran'...so, gilir-gilir baca...terisi masa rehat kami dengan aktiviti yang berfaedah di bulan mulia ni....*feel bless*

Tp bila nampak ada yang masih menyimpan dendam kesumat.....rasa sedih plak....kenapalah umat Islam masih ada perasaan mcm tu? Kat Syria sampai berbunuh2x sb dendam.....kt opis pown kalau jadi mcm tu....rasa sedih laaa.....dah hampir 11 tahun i keje kt opis ni......bila ada yang simpan dendam sampai nk guna kuasa ambil tindakan dan panjang2xkan cerita ke tempat lain.....rasa mcm.....apakah??? >>>>>motiff?<<<< <<

Wp kisah ini mungkin tiada kaitan dengan iolz....tp rasa sedih lah....tak bolehkah kita hidup dengan penuh harmoni? Bukankah saling memaafkan itu lebih baik? Mungkin orang yang kita dendamkan tu dah melupakan pun apa yang kita asyik fikirkan itu......kenapa kita mahu menyeksa diri kita lagi sehingga tidak putus-putus memikirkan cara untuk membalas dendam? 

Sudah-sudahlah......marilah kita hidup dalam suasana muafakat dan penuh keimanan....hidup ini bukanlah selamanya....siapalah kita untuk menghukum mereka mengikut perkiraan kita semata? Selidiklah sedalamya.....benarkah apa yang kita pertahankan dan dendamkan? Yer...benar setiap orang mempunyai pendirian dan sebab msg2.....tetapi kita wajib membuat analisa secara mendalam....wajarkah tindakan yang kita bakal lakukan ini? Apakah kesan dan matlamat yang kita mahukan dari tindakan kita itu? Adakah untuk tujuan yang baik? Atau dengan niat untuk membinasakan orang lain? Adakah berbaloi apa yang kita rasa mahu lakukan itu? Mengapalah kita merasa marah sangat? Apakah yang kita marahkan sangat itu? Ma Sha Allah.....semoga Allah s.w.t. mengampunkan semua.....

Percayalah.....sesungguhnya dengan memaafkan.........hidup kita akan jadi lebih tenang dan bahagia...malahan kita mendapat pahala berganda kerana memaafkan orang lain.....maaf itu sebenarnya bukan untuk orang lain.....sebaliknya maaf itu adalah 'kemenangan' untuk diri kita sendiri.....kerana sesungguhnya dendam dan sakit hati hanya akan memakan diri.....

Semoga Allah lindungi kami semua dari sifat dengki dan dendam......peliharalah kami dari penganiayaan dan sebarang *salah guna kuasa.....semoga semua mendapat Barokah dan Rahmat Allah s.w.t. di bulan yang mulia ini.....aminnnn ~

p/s: ini hanya pandangan ikhlas sy....terpulang untuk anda menilai sendiri.....anda bijak membuat tafsiran dan pilihan :-)

7th years validated "sah"


Selalunya lelaki yg luper tarikh2x penting khenn...kalo wife  yg terluper boleh tak??? Hahhahahah!! Sowi laa my dear hubby....apakan daya kan.....this year mama busy exam final the whole Jun....dah masuk bulan 7 baru notice anniversary dah lepas.....kira-kira dekat sebulan laa baru nk notice......muhahahahha! :-p

Tp tak besh plak kalu takde apa2 kan.....so, tempah kek 'snowy cheese' neh kt budak opis.....mmg sedap....spoil your day...with cheesy cake full of snow cheese on your BELATED 7th Anniversary ~ kuangkuangkuang.....ahahhahah! 

Cheeeseeeeeeeeeeeeeee :-)

The Engagement day...



Throw back:
The wedding ~ 6 months after....
Org tua kata >>>>tak bleh lama2x <<< ;-p



My precious ~ our 1st baby was born on my birthday - 27th May, 2007




Our second Honey Bee was born on 30th July 2009 ~ he complete our life.... :-)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
May Allah bless us till Jannah ~ aminnn ~ *smile*

Monday, July 15, 2013

Ondeh2x a.k.a buah Melaka ~

Exam Week dah berakhir....ye hoooo!! Last Sunday adalah weekend yang tenang......selalunya tiap petang mesti usha pasar Ramadhan kt Meru.....tp bila tengok pokok pandan yang subur kt depan umah tu.....rasa mcm best jugak kalau buat sesuatu kannn :-)

Nak buat kuih onde2x a.k.a buah Melaka laa.....rasa pelik bila sebut buah Melaka...ahahah!! sebabnya hubby i mengacau kt dapur....dia cakap : "Mama.....khusyuk sangat...menggentel buah Melaka tu...." Muahahahhaha!!! rasa nk pitam dengar ayat tu... ;-p

Sebenarnya yang buat iolz teringin nk makan kuih ni sbb bila g tgk Mak Cik jual kuih arituh....tgk kuih ni tinggal 2 biji je...pastuh dah pecah2x...gulanya kuar2x......tak jd iolz beli...terus terbayang-bayang kuih onde2x yg lazat dan comel masuk dalam mulut....

Nih hasil yang pertama ~ letak tepi dan ada budak tak posher asyik amik satu  satu...si Ian tu asyik laa mengulang...rupanya dia kenduri kt depan umah ngn anak jiran si Qalish...dua2x tak poser...takpelah, derang baru 4 tahun.....bukannya faham apa2 pown...tp kalau tanya...manjang cakap derang poser..... :-p

Another 2 plate for my neighbor kiri kanan....yg depan dan belakang....next week laa....ni pun dah naik jam pinggang iolz menggetel.....hiks! Hubby biasalah kan...... "bg kt jiran sebelah2x jer ea? Yg depan, yg tu ngn tuew takde ke mama?" Wahhhh.......nnt laa bangg.....kita buat Iftar Ramadhan je terus.... :-)

Nih bahan-bahannya yer adik2.......simple je kan....guna tepung pulut yer dan intinya gula melaka.....masa nk adun...tambah santan, garam dan  air pandan....maklumlah pandan depan umah kan....kemain berlebih jus pandan tu..bo simpan untuk projek lain plak....hehheh

My little chef on duty....ntah laa kenapa dia rajin sgt....part dia golek2 atas kelapa muda parut.....tp 2 baris ni je laa dia buat......pastuh da kuar main beskal.....sebelum tu asyik tanya je : "Mama, kenapa ada kuih Melaka je? Kuih Johor takde ker?" ~ hadoyyyy......malasnya nk jawab.....hehehehe...

Time bersahur mmg semangat.......dia yag bangun dulu...kejap2 tengok jam.....4.00 am dia dah bangun....iolz surh tido balik...nnt dia bangun lg... : "Mama, dah kena makan ke belom?" ~ hahhahah......sabor je laaa.....bibik pun blom bangun panaskan lauk sayang ooiiii....hihiihi :-)