Hihihi.....true enough :-D
I'm not a perfect person...but i'll continue learning...till HERE i find my true faith, life & love...
Sunday, October 19, 2014
Monday, September 22, 2014
Ma....nasi Arab ada??
Da beberapa kali bila sampai time lunch....
Dia tanya soklan camni....
"Ma, nasi Arab ada?"
Sebab budak sorang ni
Ada satu hari tu ikut papanya ke surau....
Kebetulan ada orang jamu nasi Arab & kambing tergolek....
Sedap agaknya....
Tu yang asyik teringat2x..
Lama gak tak pekena makanan Arab kan?
Restaurant yang i pernah cuba & tak mengecewakan adalah Saba' Retaurant kat Cyberjaya...
Yer laaa...nk makan makanan Arab...
Kena betul2x owner Pak Arab baru feeling masakan derang kan....
Tapi memikirkan nk travel kesana tu...
Rasa mcm jauh plak.....
So, carik yang dekat2x je laa...
Jumpa satu kat area Kota Damansara - Ta'if Restaurant...
Dengarnya ada masuk *Jalan-Jalan Cari Makan TV3*
So, gigih google....
Setelah pusing2x jalan yang sama banyak kali...
Baru jumpa...
Agak sepi dari luar....
Betul ke sedap?
Kenapa mcm takde orang? Tutup ke?
Masa tu jam 2.30 ptg...
Hubby g survey dulu....
Open katanya.....
Jom! Masuk....
Jeng2x....harap sedap laaa...
Masuk je nampak bendera Palestine..
Ada 1 family tgh makan...1 dulang nasi & kambing
Huih....licin nampaknya....
Owner datang menyapa....
Nampak friendly...
Dia amik order....
Pastu nampak dia mcm berlari ke dapur...
Pastu mcm ajar2x sorang pekerja dia cara nk buat air....
Tak lama pastu dia hantar makanan....
Aik....semua tauke all out?
Agaknya dia notice...
Dia mintak maaf kalau terlambat sampai ke haper....
Sb mcm *short of staff....
Lerrr.....da masuk TV3....takde staff laa pulok....
Tp all food come just on time lar....
But ada bb dishes yang takde.....
Takpelah....
Rasanya?
Tak mengecewakan laaa.....
>>>>>for us ye...<<<<<
Time nk kira....
Tauke ni banyak *takpe.....itu tak kira...*
Hihihihi....ko suker tak?
Dengan jus buah + lassi segala bagai....
So, 3 dewasa & 2 kiddoes = RM50+
Ok laa kan....
Kalau kat Saba' Restaurant takde laa nk dpt rega cengginih kan....
Nasib baik iolz dtg awal....
Tak lama lepas tu....
Ada bb keluarga Arab & banyak yg mula datang....
Terus penuh table...
Ntah camner laaa dia nk handle customer ramai2x tu...
Doakan dia dapat helper yang bagus cepat2x....
Kesiann....hikhik
Ni picca google....waktu malam... Iolz g sinag hari... Memang tak berapa perasan pun kan sign board dia... |
Budak yang mengidam nak nasi arab katanya.... |
Kami amik set nasi arab ayam satu... Set nasi arab kambing satu... Banyak dah portion ni.. Lengkap dengan berbagai sos, sup, sos lada & salad kan..... Biasalah....set arab tu.... |
Roti arab ni dia bagi FREE jee.... Suker2x...... Picca >>>>google sajork<<<< |
Ni set kebab... Sedap juga.... Makan ngn *humus & special garlic mayo sos.. |
Humus faveret nih.... Makan ngn salad arab & roti dia.... Tapi hari tu takde......sob2x..... |
Thursday, September 11, 2014
Tuesday, September 9, 2014
Ujian Hidup ~ Bahagiakah??
I come across this topic from here
Ujian hidup punca hilang bahagia?
Mari kita lihat persoalan ini lebih dekat. Apakah benar ujian hidup menghilangkan rasa bahagia dalam kehidupan ini? Apakah cercaan manusia, kemiskinan, kegagalan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup menjadi sebab hilangnya bahagia? Jawabnya, tidak!
Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu? Kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan.
Bila diuji dengan cercaan manusia, jika hati tidak kuat....akan timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, tanpa pegangan akan muncullah sifat tamak, gila puji dan takbur.
Sumber dalaman atau luaran?
Sebelum mendapat jawapan tentang erti kebahagiaan yang sebenar, mesti dipastikan sumber kebahagiaan itu datangnya dari mana? Apakah bahagia itu puncanya datang dari luar ke dalam (outside-in) atau dari dalam ke luar (inside-out)?
Ramai yang merasakan bahawa bahagia itu bersumber dari faktor luaran. Ia bersumber daripada harta, kuasa, rupa, nama dan pangkat yang dimiliki oleh seseorang. Golongan ini merasakan jika berjaya menjadi hartawan, negarawan, bangsawan, rupawan dan kenamaan......maka secara automatik bahagialah mereka.
Atas keyakinan itu ramai yang berhempas pulas dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki harta, kuasa, pangkat dan lain-lain lagi yang ingin dimiliki di dunia ini. Memastikan segalanya menjadi milik mereka dengan apa cara sekalipun.
Namun, pendapat yang mengatakan bahagia itu datang dari luar ke dalam adalah tertolak sama sekali kerana faktor “kesihatan” hati jelas lebih dominan dalam menentukan bahagia atau tidaknya seseorang. Kebahagiaan itu datang dari dalam ke luar – soal hati.
Inilah erti bahagia
Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran.
Firman Allah: “Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28.
Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda: “Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)
Rasulullah S.A.W bersabda lagi: “Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “
Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Zikrullah akan memberi ketenangan buat hati.
“Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu.” (Ar-Ra’d: 28)
Ketenangan hati itulah kebahagiaan sebenar. Kita harus melatih hati kita supaya sentiasa berniat baik dan inginkan sesuatu yang baik. Sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan amal kebaikan, tolong menolong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.
Percaya bahawa *Allah is the best planner*.
Bertawakkal hanya padaNya setelah berusaha sedaya upaya. Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa yang tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman:
“Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.” (Ath-Thalaq: 3)
Monday, September 8, 2014
Cocktail Drinks anyone??
Once open a time.....
When i feel thirsty & bored to just drink normal liquids...
Rasa nk cocktail drinks macam kt hotel tu....
Lalu....
Ke supermarket terdekat carik fruits cocktails & fresh strawberries...
Kebetulan plak hari tu ada strawberries yg gumuk2x penumbuk....
Ya! Allah.....syukran.....ada rezeki untuk mummy hari ni
*suka hati*
{^-^}
Just add all the fruits cocktail + slice the berries, add sugar & ice cube |
Ready to b serve!! |
Heppy lil boy with his cooling drinks Selain menghabiskan semua strawberry sekali ngap... Takpelah nak.....asalkan ko sihat..... (-_*) |
Lagi best sb ada gegirl join the clubs.... Lately makin ramai anak-anak kejiranan yang dtg umah sb derang suker nk main dgn anak i... Especially yg gegirl.... Sb rupanya yg sebaya anak i - Lil Ian tu ramai gegirl... anak i kan suka buat lawak ting-tong derang... So, it's normal laa kalau derang dtg sb nk carik *abang katanya... (*-O) Kadang-kadang parents derang ada gak kidnap anak i bawak g jenjalan sekali.... Sb katanya nk merasa *felling2x ada anak lelaki.... Sb anak-anak i rajin melayan gegirl derang gaknya..... Ok laa.....takpe....as long as i know they are safe & happy.... Alhamdulillah....so far... Jiran sebelah menyebelah, kiri kanan, depan belakang semua baik-baik belaka.... Takde laa yg jenis suka merepek or menyibuk.... Semua profesional jer & very family type.... Saling bertukar lauk pauk tu dah biasa..... Anak-anak makan umah derang pun dah selalu.... Anak derang pun join kami minum petang.... Pekena cup cake & muffin i.... Makan sama-sama.... Hari ni jiran belakang umah bagi ikan pekasam.... Sebelah umah plak rajin baking cake.... Jiran yg lain plak rajin buat makan-makan.... Selalu laa merasa kambing tergolek.... (^-O) Anak sulong i pandai bwk basikal pun sb kakak sebelah umah yang ajar.... Anak jiran sebelah ni mmg berbakat jd cikgu.... Kalau derang main pun....mesti dia nk jadi cikgu..... I perati je laaa.... Tersenyum sosorang kdg2x tgk gelagat derang (^-^) Ok laa.....muafakat membawa berkat.... I pernah terbaca dalam majalah *SOLUSI* Ketenangan dalam hidup: Apabila kita merasakan yang rumah kita itu luas & nyaman.... (Wp kecik je sebenarnya..) Dengan kejiranan yang baik & menyenangkan... Semoga keharmonian ini berkekalan.... Aminnnn.... Kejiranan yang ala2x *village in urban area* I is loiiiikeeeeeeeeeeeeeeeee (*-^) Lalu....marilah kita menyemarakkan semangat kejiranan yang positif.... Sambil mengamalkan gaya hidup sihat... Hikhikhik.... |
Subscribe to:
Posts (Atom)