HARGA SEBUAH KEHIDUPAN
Seorang gadis buta membenci dirinya sendiri kerana kekurangannya itu. Tidak hanya terhadap dirinya sendiri, bahkan terhadap semua orang kecuali kekasihnya seorang. Kekasihnya selalu berada disisi untuk menemani dan menghiburkannya. Dia menyatakan impian akan berkahwin dengan kekasihnya itu hanya jika dia boleh melihat dunia....agar dirinya tidak menyusahkan sesiapa.
Suatu hari, seseorang telah mendermakan sepasang mata kepadanya sehingga dia dapat melihat segala, termasuklah kekasih yang amat mencintainya. Kekasihnya bertanya dengan tenang dan penuh kasih sayang, "Sekarang telah terpenuhlah impianmu untuk melihat dunia & isinya....Sudikah kamu mengahwiniku?" Gadis itu tergamam apabila melihat bahawa kekasihnya juga seorang yang buta. Dia tidak dapat menerima keadaan sebegitu lagi lantas menolak untuk berkahwin dengannya. Kekasihnya pergi dengan hampa dan linangan air mata, sambil meninggalkan sepucuk surat singkat kepada gadis itu, "Sayangku, jagalah baik-baik mataku yang memenuhi impianmu dengan seikhlas kasih dan sayangku"
Kisah di atas memperlihatkan bagaimana mudahnya fikiran manusia berubah apabila status dalam hidupnya berubah. Hanya sedikit orang yang ingat bagaimana keadaan hidup sebelumnya dan lebih sedikit lagi yang ingat terhadap siapa harus dia berterima kasih kerana telah sekian lama bersama dan menumpang berteduh dimasa yang paling menyakitkan
HIDUP INI ANUGERAH ILAHI
- Hari ini sebelum engkau berfikir untuk mengucapkan kata-kata kasar - Ingatlah akan seseorang yang tidak boleh berkata-kata
- Sebelum engkau mengeluh mengenai cita rasa makananmu - Ingatlah akan seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan
- Sebelum engkau mengeluh tentang suami atau isterimu - Ingatlah akan seseorang yang menangis kepada Tuhan meminta pasangan hidup
- Hari ini sebelum engkau mengeluh tentang hidupmu - Ingatlah akan seseorang yang masih berjuang hingga ke penghujung hayatnya
- Sebelum engkau mengeluh tentang anak-anakmu - Ingatlah akan seseorang yang begitu mengharapkan kehadiran seorang anak, tetapi tidak mendapatnya
- Sebelum engkau bertengkar kerana rumahmu yang kotor, dan tidak ada yang membersihkan atau menyapu lantai - Ingatlah akan orang merempat yang tinggal di jalanan
- Sebelum merengek kerana harus memandu terlalu jauh - Ingatlah akan sesorang yang terpaksa berjalan kaki untuk menempuh jarak yang sama
- Dan ketika engkau letih dan mengeluh tentang pekerjaanmu - Ingatlah akan para pengangur, orang cacat dan mereka yang menginginkan pekerjaanmu
- Sebelum engkau menuding atau menyalahkan orang lain - Ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa dan kita harus menghadapi pengadilanNya
- Dan ketika beban hidup kelihatannya akan menjatuhkanmu - Pasanglah senyuman di wajahmu dan berterima kasihlah pada Tuhan kerana engkau masih hidup dan ada di dunia ini
- Hidup adalah anugerah, jalanilah, nikmatilah, hiasilah dan hargailah......
NIKMATI & HARGAI SETIAP SAAT DALAM HIDUPMU, KERANA MUNGKIN IA TIDAK AKAN BERULANG LAGI!
5 comments:
zie,
apa cite?? dah ok ke?? ko dpt tak msg aku mlm tu..sorry arrr aku dah tertidu time dpt msg ko tu tp aku terjaga kul bape ntah aku baca n dh bls may be ko dah tdo kot..harap2 sume ok la ek
wah....best renungan nie...terpk sejenak akan nikmat2 kehidupan yang kita ada tapi mensyukurinya...
Thax Sham.....dapat....aku ok..takd pe2....biasalah...asam garam kehidupan..hihihi.....ko dah jauh kat bumi kanggaroo pun aku sms sedas dua..thx yer....jauh di mata....dekat kat hp..hehhehehe
wahh.. bagus zie renungan tu.. syabas beta ucapkan kerana membuatkan renu8ngan yg begitu bermakna utk di baca! jgn lupa kita punya acara santai sambil goreng nugget minggu dpn ni. muahh
harussss jal...tak mungkin aku melupakannya.....selepas acara menambah lemak...apa kata aku cadangkan kiter berjoggingan sambil menyorong anak2? hehehehh....nak menyedapkan hati nih...kui..kui...
Post a Comment