Monday, August 4, 2008

Ibu-Ibu Yang Dikasihi

Rakan-rakan yang dikasihi.........pagi ini naluri keibuan saya merasa sangat tersentuh dengan kiriman satu email yang sangat syahdu......menceritakan tentang seorang ibu yang kehilangan anak kecilnya di pagi hari...

Ceritanya begini.....

Seperti kebiasaan, kebanyakan ibu-ibu yang bekerja sangat sibuk di waktu pagi.....sebagai seorang ibu yang bekerja....saya sangat memahami keadaan ini...kadangkala, di saat suami 'out-station'.....kita mengambil kesempatan untuk melakukan sebanyak perkara yang boleh sementara si kecil masih tidur.......

Ketika itulah kadangkala kita akan ke dapur untuk memanaskan air, menyidai baju atau mandi....kita tinggalkan si kecil ditempat tidur sendirian...... Sebagai seorang ibu...saya merasa terikhsan untuk memperingati semua rakan-rakan ibu yang dikasihi....janganlah sekali-kali meninggalkan anak kecil kita sendirian atau bersama kanak-kanak lain yang masih tidak boleh berdikari. Terutama jika anak kecil kita berumur 3 tahun ke bawah....apatah lagi yang baru pandai merangkak atau berjalan.....

Diberitakan, si kecil malang ini telah meninggal dunia semasa ibunya meninggalkannya sebentar semasa sedang tidur. Si kecil yang terjaga, terus mencari ibunya dan cuba turun dari katil secara mengundur kebelakang.... (seperti yang anak kecil saya sering lakukan)..... Namun disebabkan si kecil tersilap 'jalan'.....dia berjaya meloloskan badannya sahaja dari hujung katil, tetapi kepalanya tidak lepas dan tersangkut di satu alang..... Kerana dia masih kecil, maka kakinya tergantung tidak jejak lantai. Ini menyebabkan berat badannya ditampung oleh kepala yang tersangkut di alang tersebut. Muka, mulut serta hidungnya tersembam pada tilam. Ini mengakibatkan jeritannya tidak dapat didengari. Menambahkan lagi tragisnya, si kecil tidak dapat bernafas......

Melihat kepada gambar dalam email tersebut, dapat dilihat dengan jelas cadar tilam bayi itu tercarik, menunjukkan betapa kuatnya si kecil cuba melepaskan kepalanya dari palang katil itu dan meronta untuk bernafas. Air mata saya mengalir melihat si kecil yang sebaya anak saya terseksa kerana hanya sedetik teralih dari perhatian ibu........menjadi mangsa kemalangan di tempat tidurnya sendiri. Saya merasa sangat tersentuh kerana anak kecil saya juga kadangkala seringkali turun katil sendirian dengan cara yang sama.....

Email ini benar-benar memberikan peringatan kepada saya agar lebih berhati-hati dengan si manja kerana kemalangan boleh berlaku w/p di rumah sendiri. Seperti kata 'Child Expertise' dalam Channel 733 (DHH), Astro - Kita tidak perlu terlalu runsing atau marah jika rumah bersepah dan kurang terurus kerana yang paling penting ketika ini adalah si manja. Terutama jika si kecil sudah pandai merangkak dan berjalan. Sudah pasti banyak messy yang di lakukannya. Ini adalah lumrah perkembangan psikologi seorang kanak-kanak yang sedang membesar akan belajar untuk explore persekitarannya.

Being a biologist, i understand that a baby need an extra care and supervision. But sometimes i forget to give extra atttention to him due to my busy daily life. This email really remind me alot. Anyway, my baby is the best reason for me to work hard everyday. A reason for me to wake up early every morning without complain eventhough i'm tired and of cause he is a reason for me to smile everyday....

For all lovely mother's out there....please do give extra care of our beloved child....and please be extra carefull......especially in our own house.....

Hope we will always keep remind each other....

With warm regards, Mama Siddiq.

**Atas sbb2 emosi, gambar tragis kejadian itu tidak saya lampirkan kerana sangat menyayat hati**

4 comments:

tigrismalaya said...

wah terharu aku nie...berlinand air mata sedas...takut nyer baca entry ko ni..pls fwd email tue kat aku..

hOtMaMa said...

aku dpt gak email tu hari nih... ha'ah... mmg sangat2 menyayat hati..! tu sebab la anak aku tak berani lansung aku nak letak atas katil dulu... babycot pun pakai kejap jerk masa dia baby, bila dia dah start pandai panjat2 terus tak guna dah..!

Diver Mom said...

erm.. saya pun ada nengok sesetengah blog yg menyiarkan gmbo ni.. da tgk gmbo baru paham.. erm.. sedih kan..? nak buat macam mana.. da ajal kan.. siannye.. :(

pasal tu la kite kalau lpas solat kena doa agar kita mati dlm tenang, dll. (yg saya tau la.. hihi)

~ziey~ said...

yer laaa....kwn2 ibu2 yg dikasihi....sama-samalh kita saling mengingati....