Monday, November 3, 2008

ABBY vs NORMAN HAKIM

URUTAN rangkuman enam gambar detik Abby berada di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dan kemudian bertemu dengan suaminya, Norman Hakim di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. (Ikut jam : Abby menitiskan air mata ketika menemui wartawan, kemudian meninggalkan kawasan mahkamah dengan dokuman, menemui Norman di lokasi penggambaran, menyerahkan dokumen, pasangan Abby-Norman berjalan untuk mengadakan perbincangan 45 minit dan kedua-dua mereka berdepan dengan wartawan).

KUALA LUMPUR: Ini bukan adegan dalam penggambaran filem mahupun drama yang dilakonkan oleh aktor Norman Hakim dan isterinya, Abby Abadi. Sebaliknya apa yang berlaku hari ini adalah realiti kehidupan yang menggambarkan pergolakan rumah tangga pasangan tersebut yang telah bernikah kira-kira enam tahun yang lalu

SEBAK......Pelakon popular tanah air, Arbaiyah Abdul Manan atau lebih dikenali sebagai Abby Abadi tidak dapat menahan sebak ketika ditemubual wartawan selepas memfailkan penceraian ke atas suaminya aktor, Mohamed Nurhakim Zaidon atau Norman Hakim di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini.

CERITA PENUH
Di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur sekitar pukul 11.30 pagi tadi, Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan gagal memfailkan tuntutan cerai terhadap Norman setelah dokumen yang dikemukakan tidak lengkap, antaranya termasuklah alamat tempat tinggal Norman bagi memudahkan urusan surat-menyurat mahkamah. Dalam nada sugul, Abby yang hadir seorang diri ke mahkamah itu bertemu dengan kira-kira 20 orang wartawan yang menanti pelakon dan bekas anggota kumpulan Elite itu selesai mengadakan perbincangan dengan pegawai syariah yang memakan masa lebih kurang sejam. Dengan linangan air mata, pelakon berusia 30 tahun ini menyatakan kegagalannya menuntut cerai daripada suaminya, yang mana salah satu faktor adalah disebabkan keengganan Norman memberikan kerjasama.
"Saya datang ke sini sebenarnya ingin menuntut fasakh, tetapi prosedurnya terlalu lama setelah diterangkan oleh seorang ustaz di dalam (mahkamah) tadi. "Jadi dia cadangkan agar saya bercerai secara baik, tetapi saya gagal berbuat demikian kerana banyak maklumat saya tidak lengkapkan. "Saya ada menghantar SMS kepada Norman semalam setelah dia tidak langsung menjawabpanggilan saya dan memberitahunya yang saya akan ke mahkamah hari ini. Dia membalas SMS saya dan berkata saya boleh teruskan niat saya itu," katanya.
KES KHALWAT
Sejak kes khalwat Khamis lalu, katanya, Norman langsung tidak pulang ke rumah. "Sebab itu saya hanya mampu hantar SMS saja kepadanya. "Saya tak sangka pula begitu sukar prosedur untuk menuntut perceraian ini. Saya amatharap dia (Norman) dapat bekerjasama untuk selesaikan masalah ini dengan segera," ujar Abby. Pergolakan rumah tangga pasangan ini mula menjadi perhatian ramai apabila baru-baru ini Abby pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia seolah-olah tidak dipedulikan oleh Norman lagi, yang lama tidak pulang ke rumah sejak Ramadan lalu. Namun, aktor berusia 32 tahun itu menafikan hal tersebut ketika hadir pada majlis cukur jambul anak bongsunya kira-kira dua minggu yang lalu dan menegaskan bahawa dia tidakpulang ke rumah kerana sibuk di lokasi penggambaran, tetapi masih pulang beraya bersama keluarga pada Aidilfitri pertama sebelum balik semula ke lokasi pada hari raya kedua. Norman juga ketika itu turut menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah pun bernikah lagi secara rahsia di sempadan Malaysia-Thailand tidak lama dulu dan wanita itu dikatakan adalah pelakon baru, Memey Suhaiza. Lebih memburukkan keadaan rumah tangga mereka ialah apabila Norman ditangkap khalwat bersama pelakon baru Memey pada awal Khamis lalu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang sekitar pukul 3 pagi.
PERNAH BERCERAI
Norman dan Abby sebelum ini juga pernah bercerai sekitar Mei 2006 tetapi merujuk semula seminggu kemudian. Punca perceraian mereka ketika itu juga adalah disebabkan faktor 'orang ketiga' yang mana penyanyi Farahdhiya dikaitkan dalam hal tersebut. Sambil menegaskan dia sudah nekad untuk meletakkan titik noktah terhadap rumah tangganya, kata Abby, dia merasakan itu adalah jalan terbaik untuk mereka kerana berpendapat agak sukar untuk dirinya mempertahankan perkahwinan mereka. "Sebelum insiden dia ditangkap khalwat lagi, saya sudah terdetik untuk meminta cerai. Tetapi bila keadaan sudah semakin teruk, saya tidak boleh bertahan lagi," kata ibu kepada tiga orang cahayamata, Danish Mohamed Hakim, 5, Marisa Dania Hakim, 2, dan Maria Danisha Hakim, sebulan setengah.
'DRAMA' MENCEMASKAN'
Ditanya pula bagaimana dia akan menguruskan perceraian tersebut sedangkan pada masa yang sama Norman seolah-olah cuba menjauhkan diri daripadanya, Abby secara ringkas berkata, dia tahu di mana Norman berada ketika itu. Sambil memberitahu lokasinya adalah di hadapan pasar raya Carrefour, Wangsa Maju kerana Norman terbabit dengan penggambaran drama bersiri Gerak Khas di situ, Abby terus nekad untuk ke lokasi terbabit. Bersama sekumpulan wartawan, Abby tiba di lokasi itu kira-kira pukul 12 tengah hari. Ternyata kemunculan Abby bersama 'rombongan' wartawan ke situ mengejutkan krew produksi dan Norman sendiri. Norman dan Abby bagaimanapun bersemuka secara aman tetapi aktor itu dilihat tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja Abby menyerahkan dokumen yang perlu diisi olehnya berkenaan tuntutan cerai itu. Pasangan itu kemudian berbincang di tempat tertutup kira-kira 45 minit sebelum Norman dan Abby tampil semula di depan media. Dalam nada tenang, Norman menjelaskan bahawa dirinya memerlukan masa untuk berfikir tentang tuntutan cerai diinginkan Abby. Norman dengan linangan air mata turut berkata, dia seboleh mungkin masih ingin menyelamatkan perkahwinan mereka. "Kami masih berdepan dengan jalan buntu. Sekarang ini, ada dua isu sebenarnya. "Pertama tentang kes khalwat itu dan saya sudah pun berbincang dengan pihak berkenaan untuk jelaskan benda ini dengan lebih telus. Jika tidak perlu bawa ke mahkamah, lagi baik. "Yang keduanya ialah tentang masalah rumah tangga kami. Saya memang sedih sangat jika kami terpaksa bercerai. Apapun yang berlaku, saya telah ingatkan kepada Abby supaya anak-anak tidak menjadi mangsa atas kejahilan kami berdua yang tidak mampu bertoleransi dengan baik," kata Norman.
NORMAN AKUI TIDAK PULANG
Dia turut akui, dirinya sudah lama tidak pulang ke rumah selepas insiden terbabit. Namun, tegasnya, dia terpaksa berbuat demikian untuk mengelakkan pertengkaran dengan Abby. "Bila saya bercakap tentang Memey, dia akan kata saya cuba mempertahankannya. Dia masih naif dalam bidang ini dan dia masih ada ibu bapa untuk jaga hati mereka. "Saya akui, saya meminta dia supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Saya tidak mahu masyarakat terus meletakkan spekulasi dan tuduh saya bersandiwara. "Saya berada dalam industri hiburan dan bisnes saya bukan untuk diri saya seorang. Saya sedar tanggungjawab saya untuk jaga makan minum isteri dan anak-anak," kata Norman lagi. Ditanya apa hubungan sebenarnya dengan Memey, Norman hanya menjawab: "Banyak hati yang perlu saya jaga. Abby juga masih isteri saya." Aktor itu turut ditanya sama ada dia tahu di mana Memey berada di ketika ini. Secara ringkas Norman hanya menjawab: "Dia di pejabat." Mengulas pula sama ada dia akan bekerjasama dengan Abby bagi proses perceraian itu, kata Norman: "Saya boleh bekerjasama dengan dia tapi saya tetap perlukan pihak ketiga (Memey) untuk berdepan dengan perkara ini." Kenyataan itu bagaimanapun menimbulkan ketidakpuasan hati Abby yang berada di sebelahnya sehingga menimbulkan ketegangan apabila dia turut meminta Norman menjelaskan apa hubungan sebenarnya dengan Memey. "Kenapa you buat I macam ini? Kenapa you begitu ambil berat tentang orang lain berbanding saya?" tanya Abby yang gagal menahan marah sehingga terpaksa ditenangkan oleh wartawan. Norman dalam keadaan tenang hanya menjawab "Perkara ini tak patut dibincangkan depan orang". Bagaimanapun ditempelak Abby yang meluahkan perkataan "You tipu!" sehingga Norman terus berlalu dengan menyatakan "Saya tak ada apa lagi untuk dikomen." 'Kekecohan' itu turut membuatkan penggambaran pada hari itu terpaksa ditangguhkan.
YUSOF HASLAM TERPAKSA CAMPUR TANGAN
Kehadiran Abby dan pihak media di lokasi penggambaran drama bersiri Gerak Khas itu ternyata mengejutkan produsernya, Datuk Yusof Haslam yang akhirnya turut turun padang untuk berjumpa sendiri Abby dan Norman di lokasi itu. "Ini bukan kali pertama perkara ini terjadi kepada mereka. Selaku orang tua, saya memang ambil berat terhadap mereka. Saya sudah berkali-kali menasihati Norman... dah berbuih mulut saya. Dan semalam saya sendiri ada hubungi Abby dan minta dia bertenang. "Saya tidak mahu bila timbulnya masalah peribadi, ia akan turut mengkucar-kacirkan produksi," kata Yusof. Orang kuat Skop Productions itu turut menasihati Abby agar memberi ruang kepada Norman selama seminggu untuk menenangkan fikirannya sebelum membuat keputusan tentang perceraian itu.

"Kenapa asyik mempertahankan dia? Memey baik, Memey itu, Memey ini? Saya ni siapa dalam hidup abang? "kata Abby marah dan terkilan ekoran Norman seolah-olah mempertahankan Memey dalam beberapa jawapannya kepada media.

MEMEY - Segediks namanya.....

KOMEN Mama Ziey :

  • Mengapa mesti menggangu kebahgiaan manusia lain....sedangkan kita sebagai manusia juga mengimpikan kebahgiaan.......SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA ADIL....setiap perbuatan ada balasan...samada baik atau buruk.....'what u did, is what u get in return'
  • Pagi ini saya mendengar Fara Fauzana membincangkan isu ini di Hot FM...seorang pemanggil lelaki yang beristeri dua berkata: "kadangkala, isteri ni....bila anak satu...oke lagi...anak dua...okeh laa....bila masuk anak tiga.....dia sibuk sangat dengan baby ajer.....kita langsung tak dipedulikannya....sbb tu saya kawen satu lagi...".... mak nak dengar komen nyah Jal, Nyah Reen & HotMama dengan mamat badigol nih!!!
  • Suami atau isteri seharusnya meletakkan kepentingan keluarga di senarai yang teratas dalam apa jua tindakan.....untuk apa kita berkahwin...bekerja dan belajar sekuat ini.....sesungguhnya hanya untuk mengecap bahagia......bukan begitu? Dalam perjalanan mengejar bahagia.....bukan suami sahaja ada godaan...isteri juga ada godaan...kalau suami keluar dan boleh berjumpa perempuan muda...(yg selalunya bodoh dan berhingus)....sama juga si isteri yang boleh berjumpa lelaki kaya.....Dato' dan VVIP lain......pokok pangkalnya...sayang dan ingatkah pada keluarga?
  • Buat Norman Hakim.....renunglah mata anak-anakmu.......kenang-kenangkanlah azabnya isterimu melahirkan zuriatmu......kerana percayalah...sesungguhnya, tiada apa yang lebih berharga di dunia dan di akhirat nanti..selain dari doa seorang isteri yang setia dan anak-anak dari darah dagingmu sendiri.....renungkanlah bagaimana siksanya orang lain yang tiada nikmat beristeri atau mempunyai zuriat sendiri.....
  • Semua gf...bf..... atau seangkatan dengannya tu....cuma akan menangis sebentar sahaja.....kerana tiada apa-apa ikatan darah antara kamu.....sehabisnya...pasti cari pengganti yang lain....
  • Kecuali memang benar Norman Hakim telah mabuk cinta dengan Memey atau memang benar telah bernikah dengannya.......Ingatlah Manusia....balasan Tuhan itu benar......siksa kubur itu benar.....kalau benar kamu berzina denga perempuan yang bukan isteri kamu...maka kamu umpama memilih daging yang haram dan busuk.....sedangkan yang halal dan bersih mewangi ada disisimu.......hidup ini satu pilihan....syurga dan neraka juga satu pilihan.....
  • Kerana itu....isteri dan suami janganlah berbuat apa-apa yang menyakitkan hati pasangan masing-masing......kerana bermula dengan 'kawan-kawan'.....curi-curi keluar.....berpeleseran hingga larut malam...mungkin benar kita tidak berbuat apa-apa...namun mendatangkan syak dan mengguris hati pasangan kiter juga sudah cukup menghina.....bayangkan jika pasangan kita berbuat perkara yang sama......cuma orang gila yang layak tidak berfikir apa-apa....kerana itu hukum Islam itu cukup jelas.....lelaki dan perempuan yang bukan muhrim atau belum bernikah tidak boleh berdua-duaan hingga mendatangkan syak di tempat yang gelap atau mencurigakan......tidak puas lagikah hidup ini? Masih muda sangatkah kamu ini? Sampai bila mahu menongkat dunia? Fikir-fikirkanlah......

PERSOALAN : Abby & Norman memakai baju sama merah......apakah motifnya? Adakah ini bermakna tanpa sedar mereka masih sama citarasa? Sila komen......

7 comments:

Cyberwira said...

Panjang nk komen ni:

1. Tadi pun time aku dengar Era ada gak ruangan Pak Nil bercerita pasal Eby dan Norman..ada debatan dalam radio lagi..Bagi aku..Semua lelaki adalah sama.. lemah pada dakapan dan kemanjaan wanita.. sekuat mana iman yg diusung.. pasti tidak boleh nak dibendung kerana apa? kerana kita bukanlah Nabi.. tak ada sesiapa umat manusia di dunia ini boleh mengatakan yang dirinya adalah terbaik. Harus diingat..sekuat mana cinta dan kasih sayang lelaki terhadap wanita..ianya pasti akan terlerai.. Cinta diibaratkan sebagai sauh yang tenggelam di dasar laut..lama kelamaan sekuat mana dan seteguh mana sauh itu.. akhirnya ianya akan terhakis oleh air lautan juga. Begitulah diibaratkan ironiknya Cinta terhadap manusia.

2. bagi aku..aku salahkan pada kedua-duanya..sama ada Norman dan Memey...mereka berdua hanya bertindak atas dasar nafsu..tidak pernah berfikir pasal kesengsaraan org lain..sebab apa? sebab mereka buta.. knp mereka buta? sebab cinta di depan mata yg terbentang serta mutiara hati yang kononnya dikasihi telah dinodai oleh insan yang tidak mengenal erti.

3. Bagi aku.. Cinta adalah hati dan cinta juga adalah perasaan... tapi kalau cinta yang berdasarkan nafsu akan menyebabkan kepincangan hati dan perasaan.

~ziey~ said...

To Jal :

Aku sangat terpana dengan komen ko.....sangat menusuk kalbu....

tigrismalaya said...

hmm..komen aku terhadap mamat badigol yg call fafau tue:
- pui utk ko dulu
- ader ker cenggitu...jgn nak ingat bini nie sbg kilang buat anak jer okeh, kalo anak ramai bising takder anak lagi laa alasan baaaikk punyer nak kawin lagi. mmg laa kena tumpu perhatian pada anak, karang anak kurang kasih syg pulak..suami pon kena faham..bawa2 laa berbincang

kes norman vs abby nie mmg sadis...sian abby sampai dah beranak 3..si norman pulak wat hal. setau aku abby takde ape2 gosip pon, sopan jer dia. nampak bahagia jer melayari rumahtangga. norman nie tak insap2 dgn kes yg dolu...dah kena baru air mata boye kuar sume..pui pui...

~ziey~ said...

to nyah reen :

aku pun mmg sgt sakit hati masa dengar mamat badigol tuh nyer komen...hotak dia kan!!! Cadangan untuk bini mamat nih : Akak heret jer laki akak g saloon n spa sekerap yg mungkin.....anak2 kak hantar ke orang suruh laki bayar...jadi, banyak laa masa untuk laki kiter tuh kan.....disamping duit dia tak perlu mengalir ke perempuan lain...jantan nih kak...kekadang kalau dia ade duit sikit...mula laa buat hal...kalau cukup2 je....pandai lak nak duduk diam-diam kat umah....tak gituew?

hOtMaMa said...

aiyooo uols... very der penuh perasaan..! yg paling mak terkasima adalah komen si ijal tuh..hihihi... chaiyok2!

bagi aku laks.. kalau nak ikutkan kes norman vs abby nih... nak kata apa noks.. dua2 artis.. mcm gitu la asam garam berumah tangga artis2 m'sia... tak gitu korang... kawin lama mana pun hujung2 cerai gak..hikhik... matilah makkkkkk!! ok la... komen secara serius ek.. kalau nak ikutkan apa lg la yg tak cukup lg bg norman tu... nak anak, dah ada tiga orang dah.. kesian abby, masih dlm pantang, laki buat perangai mcm tu, mmg penderaan emosi sungguh... sepatutnya suami sentiasa berada disisi, bg moral support, sbb bini baru lepas bersalin, emosi pun tak berapa nak stabil lg... nih dia terbalik lak, boleh dah tak balik rumah katanyer... keji sangat2 ok..!

Anonymous said...

nyah zie dan nyah tigrismalaya, korang jaga lagi ko elok2...mak tgk ko makin tembam, alamat laki cari yang lain nooooooo

~ziey~ said...

Aarhhhhhhhgh!!! Gigih mak nk berdiet nih....ade resepi?