Dilahirkan dalam keluarga yang sederhana dan dibesarkan dalam suasana desa yang indah permai membentuk peribadi yang sangat mementingkan budaya lebih merendah diri dalam apa jua keadaan. Maybe lebih banyak tunduk ke lantai dari angkat muka mendabik dada. Gadis Melayu mmg pemalu, tetapi keperibadiannya tegas dan komited.
Zaman sekolah ~ B.M. selalu dapat markah baik cikit sbb suka berbahasa bunga2 dalam karangan.... :-p dan seorang yang sgt aktif serta punyai keazaman yang kuat....lalu jadi tambatan untuk pasukan netball, bola baling, lompat tinggi, lontar peluru (sb gagah perkasa), penyanyi utama pasukan nasyid dan bla...bla...bla....sedikit sebanyak saya paksa diri untuk jadi confident kerana mahu masuk team sport sekolah, kenalah tunjuk skilll kat jurulatih....dengan ketinggian 169cm...mmg belum masuk padang pon.....pasukan lawan dah 'tertipu....takut sebelom bertanding...tehehheheheh >____<
Bila Cikgu B.M (Cikgu Abdul Jalil) pulaks pilih saya untuk masuk pertandingan Syarahan Awam, diusia 12 tahun....rasa macam nk pitam sb kena paksa buat latihan depan semua budak2 satu sekolah dan depan semua cikgu termasuk Guru Besar.....dan semua cikgu akan bagi komen 'on the spot.........sb takmo malu.....maka setiap malam akan practice bagai nk gila sb nk kena berlatih depan semua orang esoknya.....berkat kesabaran.....saya menang tempat kedua dengan hanya 0.4 markah beza dari Juara....tetapi tetap melangkah hingga ke peringkat Negeri....
Hari ini ~ terima kasih pada Cikgu Abdul Jalil kerana 'train saya menjadi seorang yang confident.....namun, semakin saya kenali isi dunia ini, saya menyedari dengan hanya confident berkata-kata atau berdebat sahaja tidaklah cukup untuk terus 'survive dalam cabaran hidup sekarang......samada kita mahu setuju atau tidak......IMEJ diri juga memainkan peranan yang penting untuk 'look confident (Ohhhh!! Jahatnya dunia ~). Cantik itu *universal.....kerana saya percaya semua insan dilahirkan cantik.....tetapi cara kita membawa diri yang lebih penting. Jika kita terlalu yakin dan confident berkata-kata, penuh fakta dan teori, tetapi rambut kita kusut masai atau tudung kita terpeliut tak kemas.....rasanya ada tak orang yg nak dengar cakap kita? Tambahan pulak......bau badan tak berapa sedap? Mesti kita terpaksa senyum2x kelatttt kan......tihihhiihihi.......
Dengan erti kata lain........kalaupun tidak seanggun Ratu Cantik....sekurang-kurangnya punyai imej yang 'pleasant, sesuai dan cantik mata memandang...sesuai dengan majlis dan setara dengan umur......takdelah umur dah 40'an....tp dressing mcm budak 18 tahun.....Eouwwwwwww.....
Well..it's all about pakej.....mempunyai imej yang baik.....bau badan yang selesa untuk kita dan orang lain....serta pengetahuan dalam berkata2......pastinya semua orang pon sukaaaa......dan kita pun rasa confident sentiasa..... :-)
2 comments:
hamboiii mendalamnyer kata2 iteww.. dan penuh dng maksud2 tersirat.. hehehe
Aahahahaha.....sgt kannnn :-p
Post a Comment