Hari ini ibu lebih tenang......doanya masih panjang setiap kali solat......penuh khusyuk & tawadduk....
Petang semalam ibu mengadakan doa selamat & bacaan Yassin bersama jiran-jiran sekampung....mendoakan keselamatan, kesejahteraan dan dipermudahkan urusan anakanda tercinta di perbatasan.....tidak lupa doa dipanjatkan buat semua anggota keselamatan yang berjuang di Sabah.....semoga semuanya berakhir segera dan dilindungi Allah s.w.t jua.... :'-(
Semoga semua anggota ATM, PDRM, PGA, TLDM, TUDM, MARITIM yang terlibat selamat pergi dan selamat kembali.....
Ketabahan ibu membuatkan aku semakin kuat hari ini.....
Allah....aku tunduk dengan Kebesaran & KekuasaanMu....lindungi dan rahmati setiap detik langkah mereka....bekalkan keberanian dan semangat juang yang tinggi di hati mereka ~ LillahiTaa'laa.....seandai adindaku yg berani ini telah Kau pilih untuk membela kedaulatan Negara tercinta.....kami sekeluarga meredhai ketentuanMu Allah...
Majulah adindaku......kami restui.....
Kata ibu : "Mak redhakan dia.....mesti berani dan percaya pada Allah...... :'-( "
Semoga Allah juga memberkati Datukku :
i. Aruwah Hj. Anuar B. Keromo yang berjaya meloloskan diri dari tahanan tentera Jepun & tali barut Jepun di Balai Polis, Parit Sulong, Johor (sebelah ibu)
ii. Aruwah Mujahit B. Kamidi yang menjadi sukarelawan menentang komunis dan menyertai perjuangan Kiyai Salleh di Muar, Johor (sebelah bapa)
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Roh kedua-dua Datuk kami...
Al-Fatihah~
Untuk cerita lebih lanjut mengenai perjuangan menentang Komunis & Kisah Dato'Onn di Johor.....click here >>>> Untold Story in Johor
Kami sekeluarga membesar dengan cerita-cerita perjuangan Datuk Nenek kami dari zaman penjajahan British, Jepun & Komunis hingga merdeka.....kerana itu barangkali, semangat patriotisme kami & sebilangan dikalangan rakyat Johor agak subur.....terutama apabila teringatkan para pejuang lama seperti Dato' Onn, Kiyai Salleh & lain-lain....
p/s : Sila buat kajian lebih terperinci dan mendokumentasikan semua sejarah tanah air kita untuk kepentingan negara & anak cucu kita di masa hadapan. Mohon dikongsikan maklumat sahih untuk faedah bersama....tq
No comments:
Post a Comment