Al-Fatihah buat adik yang kembali ke Rahmatullah ini....dalam keadaan yang mungkin tidak dapat kita bayangkan bagaimana...apa pun....usahlah kita terus-terusan menghukum ibunya...tidak mungkin ibu muda ini sanggup meninggalkan anaknya begitu sahaja kalau tidak kerana fikirannya fokus kepada sesuatu yang mungkin memberikan tekanan padanya ketika itu.....
Sebagai seorang ibu muda yang juga bekerjaya.....saya sgt memahami betapa pentingnya kaunseling keluarga & "work life balance" ditangani dengan sebaiknya......ini adalah antara contoh kes yang berlaku dalam masyarakat kita.....sy sendiri pernah mengalami kejadian rakan sepejabat yang meninggal di tempat kerja....terlalu sukar untuk ditafsirkan punca kematiannya.....namun aruah mmg seorang yang sangat komited kepada kerja dan jujur melaksanakan arahan yang diberikan....
Apa pun.....percayalah....kita harus menjaga diri kita dan keluarga kita sebaiknya......biarlah apa orang mahu kata.....sy sendiri pernah disindir dan diperli kerana sibuk menguruskan anak yang tidak sihat semasa mereka baby......tetapi sebagai pekerja kerajaan, sy tahu hak saya.....saya pekakkan telinga....sy percaya Allah bersamaku...
Kadar toleransi manusia terhadap tekanan adalah berbeza-beza....ada individu yang lasak dan ada yang kurang......jika tekanan yang diberikan melampaui batasan toleransinya....manusia akan bertimbal balas dengan reaksi yang berbeza......ada yang akan menyusun jadualnya dan mendahulukan apa yang penting.....dan masih boleh menerima tekanan tambahan dari *Higher Authority......tetapi ada juga individu yang membawa fikiran kerjaan itu bersamanya dimana jua......mungkin mereka baru mula mahu mengimbangi tuntutan kerja dan kehidupan.....atau mungkin juga tidak biasa mendapat terlalu banyak arahan pada suatu masa.....kerana itu peranan seorang ketua yang bijak membahagikan bebanan kerja antara sesama anak buahnya adalah sangat penting.....supaya semuanya telus, adil dan tidak pilih kasih....
Sy kongsikan kisah tragedi ini untuk panduan semua.....
AL-FATIHAH
Bebanan dan tugas yg ditanggung kini sangat berat. Kami 'yang menurut printah' ini terlalu memikirkn urusan kerja yg tak pernah surut sehinggakn kekadang keluarga dan rumahtangga terabai. Semalam, seorang rakan kami yang mengajar di smk usj4, Subang Jaya telah kehilangan seorang anak berumur 3 Thn yg lemas di dalam kereta.
Kisahnya, guru ini menghantar anaknya ke rumah pengasuh. Kebiasaannya, guru ini menghantar kedua2 anaknya yg masing2 berumur 4 dan 3 Thn. tetapi semalam hanya si kakak yang dihantar ke rumah pengasuh manakala si adik masih berada di seat belakang. Guru ini terus pergi ke sek kerana mengajar sesi ptg. Tiba di sek pada kul 11.45 pagi, guru itu tak menyedari anaknya berada di seat belakang. Guru itu mengambil buku di bahagian belakang tetapi langsung tak nampak si anak tadi dan terus MESYUARAT .
Selesai MESYUARAT pada kul 5 petang, ketika membuka pintu kereta belakang, si anak telah kaku tidak bernyawa. Paling menyedihkan ialah ank patung kecil yang dipegang basah dengan air mata si anak. Si ayah bergegas dr p.pinang balik ke Subang Jaya. Hari ini arwah masih belum dibuat postmoterm dan tak dibenarkan keluar dari rumah mayat kerana ibunya tak benarkan postmoterm ke atas anaknya.
Jadikanlah ini sebagai renungan dn iktibar kepada kita semua...Jgn tinggalkan anak2 kecil di dalam kereta. Sebelum mengunci kereta pastikan tiada orang di dalamnya. Walau apapun ajal maut di tangan tuhan, kita hanya mampu merancang. InsyaAllah , bagi si ibu, si anak tadi akan menunggunya di pintu syurga. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah yang akhirnya boleh dibawa balik dan disembahyangkan selepas solat jumaat ini nanti. (semalam). Dipetik dari SUMBER
P/S : "Ramai yang tertekan skunk ni demi kelansungan hidup....newspaper ni pun....bukan main eksploitasi lagi gambar jenazah adik yang tak bersalah ni.....hanya nk laku paper je.....langsung tak jaga sensitiviti org lain dan kesan sosial dari tindakan memaparkan gambar sebegini"
P/S : "Ramai yang tertekan skunk ni demi kelansungan hidup....newspaper ni pun....bukan main eksploitasi lagi gambar jenazah adik yang tak bersalah ni.....hanya nk laku paper je.....langsung tak jaga sensitiviti org lain dan kesan sosial dari tindakan memaparkan gambar sebegini"
No comments:
Post a Comment