Bijak pandai mengatakan....cemburu itu normal......jika masih boleh di kawal....cthnya; kita cemburu tengok kejayaan cemerlang A...kita pun mahu berjaya macam dia.....maka kita berusaha dgn bersungguh2 untuk jadi berjaya sepertinya....cemburu yg baik menjadi motivasi untuk bertindak dgn positif dan tidak malas....
Tp bagaimana pula jika cemburu itu bertukar menjadi hasad? Hasad itu apa? Hasad adalah penyakit jiwa....mereka tidak bo melihat org lain memiliki apa yg mereka tiada....wp apa yg dimiliki itu tidak pun mereka perlukan.....mereka sentiasa berfikir dan mencari jalan untuk menghancurkan org lain dan merasa puas hati jika org lain mendapat musibah atas perancangan mereka....perasaan hasad adalah satu penyakit dalam diri....mereka yg hasad sentiasa merasa "unsecure" dan berusaha bersungguh2 untuk menjatuhkan org lain yg dirasakannya berpotensi untuk mendahuluinya.....hatinya sentiasa tidak tenang dan hidupnya penuh kepura-puraan.....selalunya mereka akan menunjuk-nunjuk kemewahan dan kegembiraan....tp hakikatnya mereka tidak bahagia....penyakit hatinya akan terus melarat saban hari dan akhirnya dia akan merana kerana perasaan hasadnya sendiri bakal memakan diri....
Sayangilah diri kita.....hiduplah dengan keikhlasan dan ketenangan hati....jauhkan dari sifat hasad dan dengki......InsyaAllah kita akan diberkati....