Monday, March 18, 2013

This is not about ISLAM.....this is story about Muslim ~



"This is not about ISLAM.....this is story about Muslim"

Berapi tak ko kalau dengar statement cenggineh? Grrrrrrrrr... >:-(
 Dah laa yg cakap tuh Ah Choong kan.....ko sapa nk cakap pasal Islam & Muslim? Apa ko tahu tentang Islam & Muslim? Eeeeee.......geramnya haku.......

Teringat pesanan Ustazah masa sekolah agama dulu....masa belajar kitab Muta'al badrin....bab Ibadat.....katanya : orang Bukan Islam  (kafir) tidak boleh menjual sebarang kitab (ilmu) yang berkaitan dengan Islam.....dan orang Islam tidak boleh membeli kitab (ilmu) mengenai Islam yang dijual oleh orang kafir.... 

Masa tu i blurrrr...tak faham.....
Now....i understand why......kerana jika benar ianya berlaku, mereka (kafir) boleh mengambil 1001 kesempatan ke atas ilmu Allah ini dan mengubah fahamannya untuk kepentingan mereka.......menyebabkan asas ilmu Islam tersebut mungkin lari dari landasannya yang sebenar......atau mungkin mereka akan jd 'denial' dan cuba putar belitkan fakta....kalau yg dengar tuh ada basic agama takpe laa....bo menilai....kalau tak? hancussss laaa kan......Na'uzubillah ~

Sbbnya....mamat marketing neh cakap....dia sendiri dengar Prof. dr Jamal Foundation yang owner Exhibition neh cakap cenggituh? What? Ko mesti salah dengar atau ko yg tak faham....atau buat-buat tak faham..... >;-(

Sudah memang terang lagi bersuluh yang satu ketika dahulu para Ilmuan Islam (Muslim Scholars) telah mendominasi pengetahuan dalam bidang sains & teknologi dunia....mengkaji dan mempraktikkan kepentingan berfikir secara mendalam dengan berlandaskan ajaran dalam Al-Quran.....sbg contoh: Ilmu Astronomi berkembang dikalangan cendikiawan Islam kerana tuntutan agama Islam yang memerlukan umatnya mengetahui arah kiblat & penentuan masa sembahyang yang tepat......begitu juga tuntutan agama untuk memastikan bilakah hari berpuasa, sambutan Aidilfitri & Aidiladha mengikut anak bulan...semuanya bermula dengan Islam dan kerana kefahaman yang dalam dan kajian yang terperinci untuk mencari ilmu Allah inilah...menyebabkan zaman kegemilangan Ilmuan Islam berkembang.....

Moral of the story : Camaner org bukan Islam (kafir) ni boleh jual produk pasal Islam?

Perggghhhhhhh ~ iolz bengang hari ineh......grrrrrrr!

Tuesday, March 12, 2013

Doakan mereka.....

 "Allah bersama kita....mesti berani & percaya *sepenuh hati dengan Allah s.w.t....kerana Allah Maha Melihat & Maha Mengetahui" 
~ pesan ibu penuh syahdu...

Aminnnn....



Doaku buatmu..... :'-(


Siapsiaga...






Saturday, March 9, 2013

Henti perlekeh anggota keselamatan & agensi penguatkuasa negara...

Mereka yg jahil terus~terusan menyuntik virus kebencian dan tidak yakin dalam masyarakat terhadap anggota keselamatan.....sudah mereka kehabisan fakta untuk mengutuk polis & ATM....kini MARITIM pula dituduh goyang kaki....
Sedang hakikatnya  mereka juga bertungkus lumus dan bersama berganding rapat dgn polis marin, komando & TLDM....
Sesungguhnya.....manusia yg jahat hatinya itu ada dimana~mana....



Setiap kerjaan itu, jika dilakukan dengan penuh ikhlas dan jujur ~ LillahiTaala......adalah satu *ibadah yang  diredhai......tetapi kata-kata yang bohong dan dusta adalah fitnah yang akan memakan diri......

Bersamalah kita bekerja dengan penuh ikhlas dan bersih.....berjuanglah penuh keberanian di perbatasan, bekerjalah dgn penuh kejujuran di pejabat & berkhidmatlah penuh keikhlasan dirumah.....dengan sepenuh kesyukuran & rasa kehambaan hanya kerana Allah s.w.t.....sesungguhnya semua itu dikira  ibadah yang mulia di sisiNya...

Ketahuilah bahawa hidup ini satu perjuangan....yang penuh dengan dugaan & cabaran....hadapilah dengan tenang....

Beranilah kerana benar dan takutlah kerana salah.....kerana yang pasti......Allah Maha Mengetahui......


Tuesday, March 5, 2013

Sama-sama berjuang......


Hari ini ibu lebih tenang......doanya masih panjang setiap kali solat......penuh khusyuk & tawadduk....
Petang semalam ibu mengadakan doa selamat & bacaan Yassin bersama jiran-jiran sekampung....mendoakan keselamatan, kesejahteraan dan dipermudahkan urusan anakanda tercinta di perbatasan.....tidak lupa doa dipanjatkan buat semua anggota keselamatan yang berjuang di Sabah.....semoga semuanya berakhir segera dan dilindungi Allah s.w.t jua.... :'-(

Semoga semua anggota ATM, PDRM, PGA, TLDM, TUDM, MARITIM yang terlibat selamat pergi dan selamat kembali.....


Ketabahan ibu membuatkan aku semakin kuat hari ini.....
Allah....aku tunduk dengan Kebesaran & KekuasaanMu....lindungi dan rahmati setiap detik langkah mereka....bekalkan keberanian dan semangat juang yang tinggi di hati mereka ~ LillahiTaa'laa.....seandai adindaku yg berani ini telah Kau pilih untuk membela kedaulatan Negara tercinta.....kami sekeluarga meredhai ketentuanMu Allah...

Majulah adindaku......kami restui.....

Kata ibu : "Mak redhakan dia.....mesti berani dan percaya pada Allah...... :'-( "

Semoga Allah juga memberkati Datukku :
 i. Aruwah Hj. Anuar B. Keromo yang berjaya meloloskan diri dari tahanan tentera Jepun & tali barut Jepun di Balai Polis, Parit Sulong, Johor  (sebelah ibu)
ii. Aruwah Mujahit B. Kamidi yang menjadi sukarelawan menentang komunis dan menyertai perjuangan Kiyai Salleh di Muar, Johor (sebelah bapa)

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Roh kedua-dua Datuk kami...
Al-Fatihah~


Untuk cerita lebih lanjut mengenai perjuangan menentang Komunis & Kisah Dato'Onn di Johor.....click here >>>> Untold Story in Johor

Kami sekeluarga membesar dengan cerita-cerita perjuangan Datuk Nenek kami dari zaman penjajahan British, Jepun & Komunis hingga merdeka.....kerana itu barangkali, semangat patriotisme kami & sebilangan dikalangan rakyat Johor agak subur.....terutama apabila teringatkan para pejuang lama seperti Dato' Onn, Kiyai Salleh & lain-lain....

p/s : Sila buat kajian lebih terperinci dan mendokumentasikan semua sejarah tanah air kita untuk kepentingan negara & anak cucu kita di masa hadapan. Mohon dikongsikan maklumat sahih untuk faedah bersama....tq

Monday, March 4, 2013

Doa Ibu di Lahad Datu..... :'-(


Selamat hari lahir mak.....sambutan kali ini sgt berbeza....mak tak mahu kek atau hadiah....mak tak mahu disambut.....mak hanya mahu kami terus berdoa utk anakandanya yg tercinta ~ Lt. Md. Haikal Kamsor diperbatasan Sabah.....tidur kami hanya tidur ayam....mak tak putus-putus membaca Al-Quran dan bermunajat....sesekali dia berhenti seketika untuk memanjatkan doa penuh ikhlas & syahdu buat anaknya dan semua pejuang......untuk saudara mara dan sahabat handai yg mengenali...sudilah panjatkan secebis doa kalian untuk adinda kami dan seluruh pasukan keselamatan kita di Sabah....buat semua para pembela tanahair.....doa kami tidak putus-putus mengiringi kalian....siang & malam... :'-(