Friday, July 19, 2013

Kisah Sebenar Guru Yang Kematian Anak Dalam Kereta.......

Al-Fatihah buat adik yang kembali ke Rahmatullah ini....dalam keadaan yang mungkin tidak dapat kita bayangkan bagaimana...apa pun....usahlah kita terus-terusan menghukum ibunya...tidak mungkin ibu muda ini sanggup meninggalkan anaknya begitu sahaja kalau tidak kerana fikirannya fokus kepada sesuatu yang mungkin memberikan tekanan padanya ketika itu.....

Sebagai seorang ibu muda yang juga bekerjaya.....saya sgt memahami betapa pentingnya kaunseling keluarga & "work life balance" ditangani dengan sebaiknya......ini adalah antara contoh kes yang berlaku dalam masyarakat kita.....sy sendiri pernah mengalami kejadian rakan sepejabat yang meninggal di tempat kerja....terlalu sukar untuk ditafsirkan punca kematiannya.....namun aruah mmg seorang yang sangat komited kepada kerja dan jujur melaksanakan arahan yang diberikan....

Apa pun.....percayalah....kita harus menjaga diri kita dan keluarga kita sebaiknya......biarlah apa orang mahu kata.....sy sendiri pernah disindir dan diperli kerana sibuk menguruskan anak yang tidak sihat semasa mereka baby......tetapi sebagai pekerja kerajaan, sy tahu hak saya.....saya pekakkan telinga....sy percaya Allah bersamaku...

Kadar toleransi manusia terhadap tekanan adalah berbeza-beza....ada individu yang lasak dan ada yang kurang......jika tekanan yang diberikan melampaui batasan toleransinya....manusia akan bertimbal balas dengan reaksi yang berbeza......ada yang akan menyusun jadualnya dan mendahulukan apa yang penting.....dan masih boleh menerima tekanan tambahan dari *Higher Authority......tetapi ada juga individu yang membawa fikiran kerjaan itu bersamanya dimana jua......mungkin mereka baru mula mahu mengimbangi tuntutan kerja dan kehidupan.....atau mungkin juga tidak biasa mendapat terlalu banyak arahan pada suatu masa.....kerana itu peranan seorang ketua yang bijak membahagikan bebanan kerja antara sesama anak buahnya adalah sangat penting.....supaya semuanya telus, adil dan tidak pilih kasih....


Utk kakitangan kerajaan, terdapat satu pertubuhan yang dikenali sebagai AKRAB....pertubuhan ini amat baik membantu para pekerja menangani isu "work life balance" dan memberi panduan kepada majikan untuk menjadi ketua yang baik dan menjaga kebajikan pekerja....byk kursus dan aktiviti yang dianjurkan oleh peg. kaunselor dan kaunselor berdaftar.....ingat ye....jumpa kauselor bukan sb anda bermasalah.....tt juga utk menimba ilmu ttg kehidupan dan cara menanganinya...

Sy kongsikan kisah tragedi ini untuk panduan semua.....
AL-FATIHAH




Bebanan dan tugas yg ditanggung kini sangat berat. Kami 'yang menurut printah' ini terlalu memikirkn urusan kerja yg tak pernah surut sehinggakn kekadang keluarga dan rumahtangga terabai. Semalam, seorang rakan kami yang mengajar di smk usj4, Subang Jaya telah kehilangan seorang anak berumur 3 Thn yg lemas di dalam kereta. 

Kisahnya, guru ini menghantar anaknya ke rumah pengasuh. Kebiasaannya, guru ini menghantar kedua2 anaknya yg masing2 berumur 4 dan 3 Thn. tetapi semalam hanya si kakak yang dihantar ke rumah pengasuh manakala si adik masih berada di seat belakang. Guru ini terus pergi ke sek kerana mengajar sesi ptg. Tiba di sek pada kul 11.45 pagi, guru itu tak menyedari anaknya berada di seat belakang. Guru itu mengambil buku di bahagian belakang tetapi langsung tak nampak si anak tadi dan terus MESYUARAT .

Selesai MESYUARAT pada kul 5 petang, ketika membuka pintu kereta belakang, si anak telah kaku tidak bernyawa. Paling menyedihkan ialah ank patung kecil yang dipegang basah dengan air mata si anak. Si ayah bergegas dr p.pinang balik ke Subang Jaya. Hari ini arwah masih belum dibuat postmoterm dan tak dibenarkan keluar dari rumah mayat kerana ibunya tak benarkan postmoterm ke atas anaknya.

Jadikanlah ini sebagai renungan dn iktibar kepada kita semua...Jgn tinggalkan anak2 kecil di dalam kereta. Sebelum mengunci kereta pastikan tiada orang di dalamnya. Walau apapun ajal maut di tangan tuhan, kita hanya mampu merancang. InsyaAllah , bagi si ibu, si anak tadi akan menunggunya di pintu syurga. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah yang akhirnya boleh dibawa balik dan disembahyangkan selepas solat jumaat ini nanti. (semalam).  Dipetik dari SUMBER

 P/S : "Ramai yang tertekan skunk ni demi kelansungan hidup....newspaper ni pun....bukan main eksploitasi lagi gambar jenazah adik yang tak bersalah ni.....hanya nk laku paper je.....langsung tak jaga sensitiviti org lain dan kesan sosial dari tindakan memaparkan gambar sebegini"

Working on Saturday...

Iolz duty Saturday okeh......
takde laa berangan nk feeling malas2 kt bilik....
Lps sahur siap2 nk g kerja dah......
Sib baik laa bdk2 tak buat drama sedih takmo mamanya g work today.....hehehe.....
Ehhh!! Koje Gomen pon OT ke??
Takde kak....kalau private mayb dpt double or triple kot.....lg2 public holiday kan.....
Iolz takdenye.....kalo kena jadual on duty....galeri kena bukak....
time coti2 cam nilah ramai plak org free kann.....
visitor pon ramai ler kekdahnya kannn.....
so kalau setakat officer gomen dpt bonus ciput.....
or naik gaji cikit....takyah laa bising2 sgt....gittew.....
lg pon.....officer koje byk.....gaji naik pon ciput je...hihik.....
yg bukan officer lg byk dapat kot rasanya...
derang kalau CUEPACS mintak....% lg byk naik utk derang....
Dolu2x....zaman Tun.....kalau naik 10% cthnya......semua naik sama.....tp skunk da lain....gitteuw....
Lg2 derang layak OT kan....officer tak bleh.....hihi...
Claim coti je laa....jd laa...Alhamdulillah....
Apa pown....kita terima...heheh.....faham2x.....heheh....
Tak...tak....bukan bersungut.....cuma cakap je.....heheheh.....

So.....jgn laa kutuk kakitangan kerajaan lebih2 Yob.....
tak semua yang malas.....ramai juga yg ikhlas buat kerja.....
dengan upah bulanan yg sederhana......gittuew.....
sedia berkhidmat utk negara bak kata Abg Polis....tehehhehe.....

Selamat berposa Yob!! Kerja itu ibadah Yob....... :-)

Lama tak interprem khennnn.... ;-p

Solat Sunat Tahajjud....

Bulan-bulan poser ni....selalu kita terbangun tengah malam sb ingatkan dah boleh sahur kan.... :-) padahal baru jam 3.00-4.00 am. So, alang-alang dah terbangun...apa kata kita solat sunat tahjud sekali......2 rakaat sahaja.....lepas tu...bo selak sehelai dua Al-Quran.... :-)

Jom! Solat Tahjud di bulan Ramadhan....besar hikmahnya......

Tahajud
Solat sunat tahajjud
Di segi bahasa solat sunat tahajjud ialah meninggalkan tidur.
Di segi syarak pula ialah sembahyang sunat yang dilakukan setelah terjaga dari tidur pada waktu malam.

Dalil solat sunat tahajjud
  • Firman Allah taala dalam surah al-Isra':79
  • Sabda rasulullah
sebaik-baik sembahyang selepas sembahyang fardu ialah sembahyang sunat malam. (riwayat Muslim)
WAKTU MENUNAIKAN SOLAT TAHAJJUD
  • Dilakukan selepas solat Isyak sehingga terbit fajar, tetapi waktu afdal ialah 1/3 malam yang terakhir.

CARA MENUNAIKAN SOLAT TAHAJUD  

1. Niat Lafaz niat ialah

أُصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksud: Sahaja aku solat sunat tahajud dua rakaat kerana Allah taala.

2. Sekurang-kurangnya 2 rakaat satu malam atau beberapa rakaat mengikut kemampuan sama ada bersendirian atau berjemaah.

3. Pada rakaat Pertama Baca:
 Al-fatihah & Al-Kafirun atau mana-mana surah. 

4. Pada rakaat kedua baca:
 Al-Fatihah dan Al-ikhlas atau mana-mana surah 

5. Membaca doa tahajjud selepas salam

Tahajud


HIKMAH / KELEBIHAN SOLAT SUNAT TAHAJJUD
  • Mendapat pengawasan dan peliharaan Allah
  • Mudah melalui hisab dan titian sirat
  • Menerima buku catatan dengan tangan kanan
  • Allah mudahkan urusan hidup
  • Berwajah berseri-seri ketika di padang mahsyar
  • Doa dimakbulkan
- See more at: http://adibsite.blogspot.com/2013/06/cara-panduan-solat-sunat-tahajjud.html#sthash.eGmZQD4n.dpuf

Thursday, July 18, 2013

Selamat Berbuka :-)

Sekejap lagi masuk waktu Asar.....
Hrmmm.....takpelah....kita tinggalkan hal dunia.....kita mengadu dan berjumpa dgn Nya....Dia pasti akan memelihara kesejahteraan dan keselamatan kita.....dari segala muslihat dan musibat dunia... :-)

Tak lama lagi dah boleh gerak balik umah......Hubby dah plan nk ajak iolz jenguk pencuci mulut yang berkenan di hati.....bibik da masak lauk kari  ayam dan sambal sotong....

Jom! Kita berbuka posa bersama keluarga tercinta.....Alhamdulillah :-)

Throw back : Lil Siddiq suker apple ms bby ~ :-)

Wednesday, July 17, 2013

Dendam Kesumat....



Di bulan Ramadhan yang penuh Barokah ni.....iolz tgk ramai yang berubah penampilan menjadi semakin  baik.....
Alhamdulillah....sama-sama kita doakan segalanya berpanjangan....

Selain dari imej yang bersih dan sopan....spiritual juga perlu santapan rohani....Alhamdulillah....masa rehat kat opis ada buat aktiviti 'Tadarus Al-Quran'...so, gilir-gilir baca...terisi masa rehat kami dengan aktiviti yang berfaedah di bulan mulia ni....*feel bless*

Tp bila nampak ada yang masih menyimpan dendam kesumat.....rasa sedih plak....kenapalah umat Islam masih ada perasaan mcm tu? Kat Syria sampai berbunuh2x sb dendam.....kt opis pown kalau jadi mcm tu....rasa sedih laaa.....dah hampir 11 tahun i keje kt opis ni......bila ada yang simpan dendam sampai nk guna kuasa ambil tindakan dan panjang2xkan cerita ke tempat lain.....rasa mcm.....apakah??? >>>>>motiff?<<<< <<

Wp kisah ini mungkin tiada kaitan dengan iolz....tp rasa sedih lah....tak bolehkah kita hidup dengan penuh harmoni? Bukankah saling memaafkan itu lebih baik? Mungkin orang yang kita dendamkan tu dah melupakan pun apa yang kita asyik fikirkan itu......kenapa kita mahu menyeksa diri kita lagi sehingga tidak putus-putus memikirkan cara untuk membalas dendam? 

Sudah-sudahlah......marilah kita hidup dalam suasana muafakat dan penuh keimanan....hidup ini bukanlah selamanya....siapalah kita untuk menghukum mereka mengikut perkiraan kita semata? Selidiklah sedalamya.....benarkah apa yang kita pertahankan dan dendamkan? Yer...benar setiap orang mempunyai pendirian dan sebab msg2.....tetapi kita wajib membuat analisa secara mendalam....wajarkah tindakan yang kita bakal lakukan ini? Apakah kesan dan matlamat yang kita mahukan dari tindakan kita itu? Adakah untuk tujuan yang baik? Atau dengan niat untuk membinasakan orang lain? Adakah berbaloi apa yang kita rasa mahu lakukan itu? Mengapalah kita merasa marah sangat? Apakah yang kita marahkan sangat itu? Ma Sha Allah.....semoga Allah s.w.t. mengampunkan semua.....

Percayalah.....sesungguhnya dengan memaafkan.........hidup kita akan jadi lebih tenang dan bahagia...malahan kita mendapat pahala berganda kerana memaafkan orang lain.....maaf itu sebenarnya bukan untuk orang lain.....sebaliknya maaf itu adalah 'kemenangan' untuk diri kita sendiri.....kerana sesungguhnya dendam dan sakit hati hanya akan memakan diri.....

Semoga Allah lindungi kami semua dari sifat dengki dan dendam......peliharalah kami dari penganiayaan dan sebarang *salah guna kuasa.....semoga semua mendapat Barokah dan Rahmat Allah s.w.t. di bulan yang mulia ini.....aminnnn ~

p/s: ini hanya pandangan ikhlas sy....terpulang untuk anda menilai sendiri.....anda bijak membuat tafsiran dan pilihan :-)