Wednesday, October 24, 2012

Executive Talks with Tun Mahathir...


Tak tahu nk cakap apa........ucapannya sangat mendalam......amanatnya memberi kesan di jiwa.....soalan2 yang diajukan kepadanya dijawab dan dikupas dengan sangat tepat. Rasa terlalu rindu pada kepimpinan beliau.....semangat patriotiknya terpancar pada raut wajahnya yang terlalu sayangkan negara dan bangsanya.....yang mahukan kekayaan negara ini dirasai oleh semua lapisan masyarakat.....tak kira di mana sahaja....bukan untuk sesuatu kaum atau seseorang individu sahaja...

Terlalu sukar nk diluahkan dengan kata-kata.....nasihatnya kepada para pemimpin negara dan ketua-ketua Jabatan, KP, Pengarah & semua pegawai kump P&P kerajaan dari seluruh negara......sangat menusuk kalbu dan memberi kesan.....kecuali mereka yang buat2 pekak dan buta hati......semua mata tertumpu pada ucapan dan jawapannya yang tidak perlukan sebarang teks ucapan atau rangka jawapan.....

Benarlah kata Tun.....kuasa yang diberi kepada Ketua atau Pemimpin bukanlah untuk mereka membuat sesuatu bagi kepentingan diri sendiri atau menyalahgunakan kuasa itu......kuasa yang diberikan itu adalah satu kepercayaan yang membolehkan ketua membuat sesuatu yang mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada seluruh rakyat atau orang yang  dipimpinnya......

Bergetar jiwa mendengar ucapannya.....semacam ada amaran dan kesayuan.....tentang harapan dan harga sebuah perjuangan....bila di tanya apakah rahsia kejayaan di bawah kepimpinannya, jawapan beliau mudah sahaja....TIADA RAHSIA......hanya dengan bekerja bersungguh-sungguh.....perkara ini bukan sahaja applied utk negara...tetapi juga untuk diri sendiri dan keluarga....mana mungkin kita boleh berjaya dengan hanya berangan2x......duduk berehat dan enjoy sepanjang masa.....hanya tahu bersuka ria dan malas berusaha.....tidak mahu lansung bekerja dan tidak mahu lansung bersusah sedikit...hanya mahu yang senang-senang sahaja.....mana mungkin kita boleh berjaya?? Melainkan kita hanya jadi manusia yang meminta-minta....terlalu banyak lagi nasihat dan pandangannya.......mmg ucapannya terlalu berharga & 'significant' pada orang yang tahu menilai maksudnya.....

Dalam usia melebihi 80 tahun.....beliau masih terus membaca buku ilmiah setiap malam.....Tun....I don't care what other people said about you....u are my idol.....pejuang bangsa yang sejati....Pemimpin Negara yang paling dihormati...

Tqvm Mak....jasamu membuatkan aku boleh berada di sini.....bersama-sama semua yg lain....mendengar amanat Tun yang tercinta....buat bekalan sepanjang perjalanan ini.....yang masih jauh untuk di tempuh....

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: